Shuib mengaku mula mengenali seorang wanita

Shuib mengaku mula mengenali seorang wanita

Baru-baru ini, ibu kepada pelawak, Shuib telah memberikan syarat jika ada yang mahu menjadi isteri anaknya itu. Semuanya gara-gara anak perempuannya, Talita menyatakan hasrat mahukan ibu dan adik baru.

“Kalau Nak Jadi Isteri Shuib, Kena…” – Mama Beri Syarat Pada Wanita Yang Mahu Ganti Tempat Arwah Siti Sarah

Selepas hampir lima bulan pemergian isteri tercinta, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin, Shuib mengakui kini sedang mengenali seorang wanita.

Menurut mStar, Shuib turut berkata hubungan tersebut masih terlalu baru dan di peringkat berkawan serta tidak boleh menjangkakan apa yang akan jadi di masa hadapan.

Ada kenal orang baru, hanya berkawan dahulu buat masa sekarang. Saya tak berani nak cakap. Harap semuanya baik-baik sahaja. Saya serahkan kepada Allah.”

Katanya lagi, dia telah pun mendapat ‘lampu hijau’ daripada ibunya untuk mencari pengganti. Ketika berbincang soal itu, ibunya meminta agar Shuib mula mengenali orang lain namun dia akui berasa ragu-ragu kerana tidak tahu siapa yang mahu terima dirinya sebagai duda anak empat.

Ada yang cakap terlalu awal. Ada juga yang cakap untuk saya terus bergerak.”
Untuk rekod, Shuib dan allahyarham Siti Sarah berkahwin pada tahun 2011 dan dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang dilahirkan secara pembedahan ketika kandungan berusia 7 bulan.

Shuib mengaku mula mengenali seorang wanita


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Ada apa dengan 11 Mac, 19 April dan 17 September?

Pelakon Indonesia, Cassandra Angelie kantoi melacur

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker