Vicha sudah bernikah dengan lelaki Nigeria sejak tiga tahun lalu

Vicha sudah bernikah dengan lelaki Nigeria sejak tiga tahun lalu

Tiada angin tiada ribut, pelawak Vicha mendedahkan dia sebenarnya sudah berkahwin dengan lelaki warga Nigeria sejak tiga tahun lalu.

Vicha berkata, hasil perkahwinan dengan jejaka dikenali sebagai Johnson, 32, itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Michael Trevor Ayomide yang kini berusia dua tahun.

“Selepas beberapa kali gagal dalam percintaan dengan jejaka berbangsa Melayu dan Cina, saya akhirnya nekad mendirikan rumah tangga dengan Johnson pada Ogos 2018.

“Saya mengenali Johnson dalam majlis makan malam di rumah sahabat saya yang turut berkahwin dengan lelaki Nigeria. Kebetulan Johnson ada pada majlis itu.

“Pada waktu itu, beberapa lelaki Nigeria datang ke rumah sahabat saya itu, namun saya tertarik untuk bertegur dengan Johnson yang agak pendiam dan sombong berbanding rakan-rakannya yang mahu cuba mendekati saya.

“Sejak pertemuan itu, kami saling berhubung dan bertanya khabar. Walaupun pada mulanya saya agak takut untuk berkawan dengan lelaki Nigeria kerana mereka kerap dilabel negatif, tapi selepas mengenali Johnson dia menjaga saya dengan penuh kasih sayang serta romantik,” katanya.

Menurut Vicha, dia mula mengenali Johnson sejak tujuh tahun lalu sebelum mengambil keputusan untuk bernikah di sebuah madrasah di sini.

Katanya, dia tidak menyangka akan bertemu jodoh dengan lelaki Nigeria selepas berdoa supaya dipertemukan jodoh dengan lelaki Melayu.

“Ketika awal perkenalan, Johnson masih seorang penuntut di sebuah universiti swasta. Kemudian kami bersama-sama membangunkan perniagaan makanan bersama.

“Apa yang membuatkan saya jatuh cinta dengannya adalah sifat penyayang, romantik dan kematangan yang ada pada dirinya. Sebagai orang yang dibesarkan dalam keluarga yang bercerai dan tiada kasih sayang, saya memang mencari lelaki yang mampu memberi perhatian kepada saya.

“Saya dapat lihat dia begitu menyayangi saya dengan sepenuh hati. Menerusi perkahwinan pertama saya sebelum ini pun tak seperti ini kerana selepas berkahwin masing-masing sibuk dengan hal sendiri,” katanya yang berharap jodohnya dengan Johnson akan kekal bahagia dan berkekalan hingga akhir hayat.

Vicha sebelum ini pernah berkahwin dan sudah mempunyai tiga orang anak perempuan iaitu Aurel Angelina Khezya, Listy Arum Tresnasih dan Michelle Averina Chalista. HM

Vicha sudah bernikah dengan lelaki Nigeria sejak tiga tahun lalu


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Wanita dakwa jumpa Rasulullah alami bipolar disorder (Video)

Michael Ang jadi penyanyi pulak, ini kata Fizz Fairuz

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker