Skizofernia: Scha Elinnea Perlu Tidur Berteman

Skizofernia: Scha Elinnea Perlu Tidur Berteman

Pelakon jelita, Scha Ellinea memaklumkan bahawa dia menghidap penyakit skizofernia dan insomnia yang teruk sekaligus menjadikan dia sukar untuk tidur pada malam hari.

Malah, lebih membimbangkan apabila dia bersendirian di malam hari dan menyebabkan dia berasa takut dan memerlukan teman.

Ceritanya lagi, dia pernah tidur pada jam 8 pagi kerana tidak selesa dan takut yang melampau.

Bukan sebab takut hantu tapi memang tak boleh nak tidur kalau seorang diri. Jadi saya bawa kawan baik atau pembantu peribadi untuk temankan saya tidur dan menemani saya ke mana sahaja.

Berikutan itu, ada juga yang mencadangkan dia berkahwin agar ada pasangan yang boleh menemani namun kata Scha, dia ingin membina nama dalam industri seni terlebih dahulu sebelum membina mahligai rumah tangga.

Oktober tahun lalu, Scha mendedahkan bahawa dia ada menghidap masalah berkaitan mental skizofernia dan juga kebimbangan melampau (anxiety).

Jelasnya, dia sudah lama mengalami masalah itu sejak di bangku sekolah lagi namun keadaan menjadi semakin teruk sejak perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dia juga pernah dimasukkan ke hospital ketika PKP dan semenjak itu Scha mulai mengambil berat mengenai masalah kesihatan mental dan kini sudah semakin baik setelah berjumpa doktor bertauliah. Bn

Skizofernia: Scha Elinnea Perlu Tidur Berteman


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Azad tanya KJ, beli peranti digital dekat Shopee ke?

Rita Rudaini pertahan KJ mengenai dos keempat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker