Janna Nick makan salji, netizen yang terliur

Janna Nick makan salji, netizen yang terliur

Pelakon sensasi Janna Nick mencuri perhatian peminatnya apabila dilihat memakan salji yang dicampur bersama madu ketika berada di sebuah puncak pergunungan salji.

Janna bagaimanapun tidak berkongsi secara terperinci lokasi pergunungan salji tersebut.

Janna, 27, berkata, sejak dahulu lagi dia berasa begitu teringin untuk makan salji dan setidak-tidaknya,?sekali seumur hidup.

“Hari ini saya akan makan salji. Ini bukan pertama kali saya bermain salji. Tapi setiap kali saya datang ke tempat yang ada salji, saya akan berasa teringin untuk makan salji.

“Mungkin sekali seumur hidup saya kena buat juga perkara ini (makan salji),” ujarnya menerusi perkongsian dalam Instagram.

Menerusi video yang dikongsikan, Janna atau nama lengkapnya Nurul Janna Muner dilihat mencalitkan sedikit madu yang dibawa bersama sebelum menggumpal segenggam salji untuk dimakan.

Dalam ruangan kapsyen, Janna memberitahu bahawa salji yang dimakan bersama madu itu berasa sangat sedap serta mempunyai tekstur yang gebu.

“Sedap salji ini. Serius! Gebu dan sejuk tak seperti ais dalam peti sejuk.

“Lepas ini kena bawa mangkuk. Susu, sirap, kacang dan gula merah,” katanya.

Menjengah dalam ruangan komen, rata-rata peminatnya mencadangkan supaya kekasih kepada pelakon Dini Azan Schatzmann itu membawa bersama sirap, santan serta cendol untuk dimakan seperti ais kacang.

“Cendol tak bawa sekali? Boleh buka gerai dekat situ,” kata seorang pengikutnya.

“Nanti bawa santan dengan cendol. Baru sesuai!” ujar seorang lagi pengguna Instagram.

“Kenapa tak bawa sirap lebih? Boleh buat sirap bandung dekat atas tu,” cadang seorang peminatnya

Malah, aksi Janna turut membuatkan beberapa orang peminatnya terliur dan meluahkan keinginan sama untuk menikmati keenakan salji seperti yang dilakukan pelakon tersebut.

Bagaimanapun, Janna juga tidak terlepas daripada mendapat komen berbaur kritikan atas tindakannya memakan salji itu.

Ada yang mempersoalkan sama ada salji yang dimakan Janna itu bersih atau tidak walaupun pelakon yang pernah membintangi drama Leftenan Zana itu memberitahu bahawa salji yang dimakannya itu diambil dari puncak paling tinggi dan tidak dipijak orang lain.

Difahamkan, Janna ketika ini sedang menikmati percutian di beberapa lokasi di United Kingdom. Turut sama dalam percutian tersebut adalah kekasihnya, Dini. K Online

Janna Nick makan salji, netizen yang terliur


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Myvi tahan lasak – Kecut Perut Lihat Pokok Tumbang Mengejut (Video)

LPPR bersih nama Azam Baki daripada salah laku pembelian saham

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker