Bakal mentua minta hantaran RM51,000?

Bakal mentua minta hantaran RM51,000?

WANG hantaran sebanyak RM51,000 pasti terdengar tidak masuk akal. Namun, itulah permintaan ayah Mira menerusi drama bersiri baharu TV3, Oh My Hantaran.

Drama ini mengisahkan mengenai Mira, gadis idaman di kampung yang bercinta dengan Mail, seorang pemuda yang sangat rajin dan dianggap menghormati orang tua.

Malangnya, hubungan mereka berdua tidak direstui oleh ayah Mira iaitu Sabri. Bagi Sabri, Mira perlu berkahwin dengan Rizal, anak ketua kampung yang berkelulusan universiti.

Apatah lagi, Rizal dikatakan bakal mewarisi tanah dan perniagaan milik ayahnya yang sudah pasti menjanjikan masa depan lebih cerah buat keluarga Sabri.

Disebabkan tidak bersetuju dengan hubungan Mira dan Mail, Sabri menetapkan syarat kepada Mail untuk menyediakan wang hantaran sebanyak RM51,000 dalam masa sebulan.

Demi cinta, Mail berusaha untuk mengumpul duit itu dalam tempoh singkat.

Simpati melihat Mail buntu mencari jalan penyelesaian, ibu Mail akhirnya meminta Mail berjumpa dengan ayah kandungnya, Malek di Kuala Lumpur.

Malek kemudiannya meminta Mail mendapatkan kembali wang yang dipinjamkan kepada penghutang dan Mail akan diberikan ganjaran berdasarkan jumlah kutipan itu.

Bermulalah cabaran Mail sebagai pemungut hutang demi mencari duit hantaran segera.

Mail yang tidak mahu kehilangan Mira terpaksa merahsiakan kegiatan itu daripada pengetahuan Mira.

Adakah Mail akan berjaya mengecapi kebahagiaan bersama Mira dan bagaimana pula dengan Rizal yang tidak berputus asa untuk menawan hati Mira?

Ikuti drama bersiri Oh My Hantaran yang disiarkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 8.30 malam hanya di TV3.

Diarahkan oleh Shuhaimi Lua, Oh My Hantaran menampilkan barisan pelakon hebat seperti Elisya Sandha, Noki K-Clique, MK K-Clique dan ramai lagi. BH

Bakal mentua minta hantaran RM51,000?


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Myvi tahan lasak – Kecut Perut Lihat Pokok Tumbang Mengejut (Video)

LPPR bersih nama Azam Baki daripada salah laku pembelian saham

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker