Aubrey tempelak program realiti acah versatil, kejar drama

Aubrey tempelak program realiti acah versatil, kejar drama

“Mengelirukan para penonton dan merosakkan imej artis untuk jangka masa panjang.”

Demikian antara ciapan yang diutarakan komposer terkenal tanah air, Aubrey Suwito berhubung pendekatan sebuah program realiti mencampakkan lagu tugasan kononnya untuk nilai versatiliti sedangkan apa yang ditagih hanyalah rating dan hiburan semata-mata.

“Namakan seorang artis hebat yang versatil. Mungkin mereka boleh nyanyi genre lagu berbeza tetapi setahu saya, mereka tak kekal menyanyikan genre muzik yang tak sesuai dengan mereka.

“Tolonglah, adakah versatiliti sepenting itu?,” ujar pencipta lagu Gemilang itu.

Tambah Aubrey lagi, kalau pun berniat mendedahkan peserta dengan lagu ‘bukan-bukan’ demi hiburan, juri profesional perlu memberikan komen dengan bijak dan kena pada tempat

“Sebagai contoh, bagaimana kalian boleh beri penyanyi wanita lagu agresif nyanyian asal penyanyi lelaki dan kemudian cakap dia tidak ‘cukup lelaki’?

“Secara peribadi, saya tidak akan pernah sesekali mempersoalkan rendisi lagu dan bandingkannya dengan penyanyi asal. Tujuan asal menyanyikan semula. terutama andai bukan penyanyi asal adalah untuk membawakannya dengan gaya tersendiri. Itulah nama muzik, jadi kreatif.

“Kalau mereka berjaya, saya beri pujian. Kalau mereka gagal, bukan salah mereka sebenarnya. Tapi saya tertanya-tanya, idea bodoh siapa yang pada mulanya menyarankan lagu sebegitu dan mengapa,” getus Aubrey.

Biarpun lantang memberikan pendapat, Aubrey menyedari itulah kelaziman budaya penerbitan program realiti nyanyian di Malaysia yang sememangnya mengejar ‘drama’.

“Bagaimanapun, saya ada tweet yang program-program sebegini dibuat untuk hiburan. Memang audiens di Malaysia sukakannya.

“Lagi banyak drama, lagi bagus. Saya patut ambil nasihat untuk diri saya sendiri dan tutup sahaja (televisyen),” katanya.

Terdahulu, seorang peserta kegemaran Gegar Vaganza musim kelapan (GV8), Suki Low mendendangkan lagu Marabahaya nyanyian asal kumpulan Pop Shuvit.

Biarpun mendendangkan lagu berkenaan dengan cemerlang, juri jemputan, Datuk M. Nasir memberi komen bahawa lagu berkenaan terlalu maskulin buat Suki yang rata-rata dalam kalangan peminat kurang bersetuju kerana pemilihan lagu merupakan kehendak produksi bukan artis bertanding. K Online

Aubrey tempelak program realiti acah versatil, kejar drama


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Myvi tahan lasak – Kecut Perut Lihat Pokok Tumbang Mengejut (Video)

LPPR bersih nama Azam Baki daripada salah laku pembelian saham

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker