Nam Ron kongsi gambar sebagai ujian untuk semua

Nam Ron kongsi gambar sebagai ujian untuk semua

Sekeping foto pelakon dan pengarah berkaliber, Nam Ron beraksi separuh bogel di Instagram mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen.

Seperti memberi penjelasan terhadap gambar yang dimuat naik sehingga ada yang mengugut hilang rasa hormat terhadapnya sebagai seorang anak seni, Nam Ron atau nama sebenarnya, Shahili Abdan, 52, berkata, apa yang dikongsinya merupakan ujian untuk semua orang termasuk dirinya.

“Saya adalah ujian untuk tuan-tuan dan puan-puan. Kalian adalah ujian untuk saya. Semoga kita sama-sama lulus berdepan ujian.

“Dalam kehidupan ini, jangan hanya harap dipuji kerana dikeji juga ada kebaikannya. Pujian adalah racun sedangkan kejian adalah penawar untuk hati supaya kita sedar diri,” katanya menerusi beberapa hantaran status Instagram.

Terdahulu, pengarah filem One Two Jaga itu berkongsi sekeping foto kontroversi iaitu dirinya sedang duduk dengan bahagian sulit ditutupi dengan patung unicorn.

Kata Nam Ron, rahsia kebahagiaan adalah apabila kita berbuat baik dengan semua orang tak kira siapa mereka.

“Ibu, bapa, saudara mara, jiran tetangga, muda, tua, baik, jahat, kaya, miskin, Islam atau tak, tak kira apa bangsa, warna kulit, cantik, hodoh, perempuan, lelaki, ahli maksiat, ahli agama, ada agama atau tak, pelacur, pencuri, kaki mabuk, mat gian, mat rempit, cacat atau tidak, rockstar, pornstar bla bla bla kerana kita semua adalah sama makhluk Tuhan sekalian alam.

“Dan, bergantung penuhlah dengan Allah kerana Dialah yang mengerakkan setiap sesuatu. Dialah yang bagi petunjuk dan Dialah yang menyesatkan. Bukan kita,” katanya sebagai kapsyen foto yang dimuat naik.

Dalam kalangan netizen, ramai yang kurang bersetuju dengan apa yang dikongsikan Pengarah Terbaik Festival Filem Malaysia ke-30 (FFM30) itu.

“Bang, maaf saya rasa kapsyen dengan gambar macam tak sesuai. Matlamat tak menghalalkan cara. Jangan marah bang,” coret seorang peminat dalam ruangan komen.

Sebelum ini sekitar hujung September, Nam Ron memercik sensasi apabila memuat naik gambarnya separuh bogel dalam Instagram.

Tindakannya itu dilakukan adalah balasan sarkastik dirinya bagi menyahut cabaran sebuah produksi drama yang mengenakan syarat untuk mengambil pelakon yang mempunyai jumlah pengikut sekurang-kurangnya satu juta di media sosial. K Online

Nam Ron kongsi gambar sebagai ujian untuk semua


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Azad tanya KJ, beli peranti digital dekat Shopee ke?

Rita Rudaini pertahan KJ mengenai dos keempat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker