Lahanat raih simpati konon tiada duit – Adibah Noor

Lahanat raih simpati konon tiada duit – Adibah Noor

Berang apabila akaun Instagram lamanya digodam individu tidak bertanggungjawab, penyanyi Adibah Noor mengingatkan orang ramai agar tidak lagi mengikuti akaun tersebut.

Kata Adibah atau nama lengkapnya, Adibah Noor Mohamed Omar, 51, penggodam berkenaan kini mengambil kesempatan dengan meminta simpati menggunakan namanya.

“Minta baca dan buat tindakan dengan segera. Kalau dulu, anda pernah ‘follow’ akaun Instagram saya adibah_noor, sekarang namanya dah ditukar oleh ‘lahanat bastard hacker’ kepada akaun @alipektasofficial.

“Jadi, sila unfollow, report dan block,” kata pelantun lagi Terlalu Istimewa itu menerusi satu entri dalam Instagram.

Luah penyanyi yang kini hangat menerusi pertandingan nyanyian, Gegar Vaganza musim kelapan (GV8), penggodam berkenaan pernah meminta wang daripadanya andai berhasrat mahu mendapatkan kembali Instagramnya.

“Lahanat ‘bastard hacker’ itu tengah meraih simpati kononnya tiada duit jadi dia nak jual akaun IG saya.

“Dia pernah minta duit daripada saya kalau nak akaun lama balik. Saya tak layan. Jadi, sekarang ini, dia tengah cari mangsa.

“Jangan terpedaya. report, block terus. Terima kasih,” katanya.

Menerusi hantaran status dimuat naik, Adibah turut berkongsi tangkap layar perbualannya dengan penggodam terbabit.

“Bagaimana nak bayar untuk akaun Instagram saya?,” pancing Adibah.

Penggodam yang tidak dikenali identiti sebenarnya membalas: “Buat akaun bitcoin. Masukkan wang anda di dalamnya. Saya akan kongsi dengan anda alamat bitcoin saya.”

Terdahulu pada Julai 2020, Adibah mendedahkan akaun Instagram asalnya telah digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab. Sejak itu, dia telah mencipta akaun baharu menggunakan nama @adibahnoormohdomar. K Online

Lahanat raih simpati konon tiada duit – Adibah Noor


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Azad tanya KJ, beli peranti digital dekat Shopee ke?

Rita Rudaini pertahan KJ mengenai dos keempat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker