Alasan Upiak buka tudung, netizen tak dapat terima

Alasan Upiak buka tudung, netizen tak dapat terima

Tindakan penyanyi genit Indonesia, Upiak Isil, 35, membuka tudung sejak beberapa bulan lalu nyata mendapat kecaman hebat netizen.

Kecaman bertubi-tubi diterima hingga ada yang mempersoalkan keputusan bintang program realiti, Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) yang sebelum ini kerap memuat naik foto bertudung dalam ruangan media sosial.



Akui kekhilafan diri, Upiak mohon maaf seandainya tindak-tanduk itu tidak menyenangkan.

Bagaimanapun, pelantun lagu Tak Tun Tuang itu mempunyai alasan tersendiri namun tetap mendoakan yang terbaik.

“Saya mohon maaf, namun, saya mempunyai pendapat tersendiri terhadap keputusan tidak lagi berhijab.

“Saya berasakan apabila mencari rezeki sebagai pelawak dan sering membuat pelbagai aksi termasuk terkinja-kinja, tetapi memakai tudung, ia umpama merendahkan martabat wanita bertudung.



“Inilah perasaan saya ketika ini. Ada masanya saya berguling-guling di tepi jalan untuk beraksi kelakar dan buat penonton ketawa, tetapi adakah ia sesuai dengan gelagat wanita bertudung?,” persoalnya kepada BH Online.

Enggan dilihat berpura-pura dan terus mempermainkan tudung, Upiak atau nama sebenarnya, Silvia Nanda nekad dengan keputusannya.

“Bagi saya, mengenakan baju ketat yang melekat pada tubuh hingga menampakkan bentuk badan juga tidak bersesuaian. Jadi, sebaiknya biarlah menutup aurat dengan sempurna,” katanya.

Mengulas kecaman diterima, netizen di media sosial khasnya, penyanyi kelahiran Bukit Tinggi, Sumatera Barat, Indonesia itu tidak menafikan teruk dikecam.



“Ada yang mencemuh dengan teruk, tetapi biarlah. Hanya Tuhan yang boleh menilai hambanya. Saya tidak akan menjelaskan secara terperinci kerana isu ini amat sensitif.

“Saya salah, kenapa berhijab, lalu dibuka lagi. Kalau belum bersedia dan kekal istiqamah kenapa pakai? Jadi saya jika netizen marah, tetapi saya hanya senyap sahaja, saya buat salah,” katanya.

Bagaimanapun, Upiak tetap berdoa agar diberikan hidayah kembali berhijab, seterusnya menjadi insan lebih baik.

Terdahulu, Upiak menafikan niat memakai hijab sebelum ini kerana mahu berkahwin lagi.



Upiak memulakan kerjaya seawal usia 13 tahun sebagai penyanyi lagu daerah di Sumatera Barat dengan membawakan lagu berbahasa Minang.

Bagaimanapun, nama Upiak semakin dikenali apabila muncul dengan video muzik berjudul Tak Tun Tuang yang tular hingga Asia Tenggara pada 2017. BH

Alasan Upiak buka tudung, netizen tak dapat terima


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU</a


Azad tanya KJ, beli peranti digital dekat Shopee ke?

Rita Rudaini pertahan KJ mengenai dos keempat



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker