Jogjakarta sambut Aidilfitri hari ini

Jogjakarta sambut Aidilfitri hari ini

JOGJAKARTA – Beratus-ratus umat Islam menunaikan solat sunat Hari Raya Aidilfitri di Kompleks Masjid Aolia, Gunungkidul, Daerah Istimewa Jogjakarta apabila mereka menyambut lebaran pada hari ini, lapor portal berita CNN Indonesia.

Mereka menunaikan solat pada pukul 6.30 pagi (waktu tempatan) dan bersalaman dengan jemaah lain di masjid tersebut sebelum kembali ke kediaman masing-masing.



Pimpinan jemaah Masjid Aolia, Raden Ibnu Hajar Pranolo berkata, penentuan Hari Raya Aidilfitri yang lebih awal daripada ketentuan pemerintah itu dibuat berdasarkan kalendar mereka, di mana 1 Syawal 1444 Hijrah jatuh pada hari ini.

“Malam tadi adalah malam 30 Ramadan,” katanya.

Anak ketiga Raden, Musa Assiqbilah menyatakan bahawa solat sunat itu dilaksanakan oleh jemaah Masjid Aolia di sejumlah tempat di Gunungkidul termasuk di Jogjakarta dan pelbagai daerah lain di wilayah Jawa Tengah.

Katanya, solat sunat Aidilfitri tersebut dilaksanakan jemaah yang berasal dari Jakarta, Bekasi, Bogor dan Bandung.



Jogjakarta sambut Aidilfitri hari ini

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kenapa Ogy tampar Tya Ariffin?



Ibu maafkan kau Sol, tapi….

Amelia sertai Miss Universe Malaysia



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker