Nabil Mahir tempah satu panggung, tak nak campur dengan orang

Sebaran :

Nabil Mahir tempah satu panggung, tak nak campur dengan orang

Pengacara Nabil Mahir menempah keseluruhan panggung di ibu kota baru-baru ini bagi menyaksikan filem Spider-Man: No Way Home dalam keadaan selamat bersama ahli keluarganya.

Nabil berkata, sebagai penggemar filem adiwira popular itu dia mengakui bimbang untuk menonton siri filem kegemarannya dengan orang awam memandangkan kes positif Covid-19 di negara ini masih tinggi.

“Jika diikutkan sudah dua tahun saya tidak menonton wayang sebab takut nak bersesak dengan orang ramai. Saya memang minat menonton filem di panggung wayang, lebih-lebih lagi filem terbitan Marvel.



“Tapi sejak penularan Covid-19, saya begitu risau nak pergi panggung. Disebabkan itu, ada beberapa filem lain yang saya tidak sempat tengok. Jadi, kali ini saya tempah satu panggung dan bawa Ayda serta ahli keluarga lain untuk menonton Spider-Man: No Way Home ini. Sebabnya, watak Spider-Man itu sendiri cukup dekat dengan saya sejak kecil lagi. Saya tak nak ketinggalan menontonnya di panggung,” katanya.

Menurut Nabil, disebabkan jarang keluar sejak penularan Covid-19 dia juga menempah bilik hotel berdekatan untuk memudahkan urusan solat Maghrib selepas selesai menonton.

“Apabila sudah menempah panggung wayang, saya terfikir pula, bagaimana nak solat? Jadi, saya tempah bilik hotel berdekatan supaya kami dapat solat dengan selesa,” katanya.

Dalam pada itu, Nabil turut berkongsi pelakon kegemaran yang menjadi pilihannya dalam membawa watak Spider-Man.



“Secara jujur saya suka Tom Holland sebagai Spider-Man. Tidak dinafikan Tobey McGuire menjadi Peter Parker dengan baik, tetapi kurang menyengat apabila berubah menjadi Spider-Man.

“Andrew Garfield pula bagus ketika menyarung kostum Spider-Man tetapi kurang menyerlah sebagai Peter Parker.

“Namun Tom Holland menyeimbangi kedua-dua watak ini dan sesuai dengan karakternya. Tambahan pula saya pernah menemu bualnya beberapa tahun lalu, jadi dia menjadi pilihan Spider-Man kegemaran saya,” katanya.

Untuk rekod, sehingga 28 Disember lalu, sebanyak 2.9 juta penonton telah menonton Spider-Man: No Way Home seperti yang dilaporkan oleh GSC Cinema dan menerima kutipan sebanyak AS$1.16 bilion (RM4.84 bilion). HM



Nabil Mahir tempah satu panggung, tak nak campur dengan orang


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Aliff Syukri nazak? Ibu minta cepat wasiatkan hartanya

Diva AA Perli Isu Majlis Perkahwinan Kamal dan Uqasha


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published.