Karen mengganas dalam pesawat pula [VIDEO]

Karen mengganas dalam pesawat pula

WASHINGTON – Seorang wanita bertindak menyerang seorang lelaki warga emas kerana tidak memakai pelitup muka ketika makan walaupun dia sendiri tidak memakainya, lapor akhbar Metro UK kelmarin.

Kejadian berlaku di dalam sebuah pesawat Delta Air Lines yang sedang dalam penerbangan.



Patricia Cornwall ditangkap oleh Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) selepas insiden tersebut pada Khamis minggu lalu, demikian menurut polis Atlanta.

Lelaki berusia 80 tahun itu dan penumpang lain menggelarnya sebagai ‘Karen’, nama panggilan menghina yang diberikan kepada wanita kulit putih yang angkuh dan tidak munasabah.

Kejadian dirakam di dalam pesawat yang sedang dalam perjalanan dari Tampa ke Atlanta itu dimuat naik di laman Twitter oleh akaun bernama ATL Uncensored.

‘’Pakai pelitup muka sialan!’’ jerit wanita itu walaupun pelitup mukanya sendiri diletakkan di bawah dagu.



‘’Duduk, Karen!’’ balas warga emas itu.

Setelah bertengkar, wanita itu dilihat menampar lelaki warga emas terbabit. Dia kemudian ditahan oleh kru pesawat.

Komen di klip video berkenaan menyatakan bahawa wanita itu ‘menggila’ di dalam pesawat dengan menumbuk, meludah, mencakar dan menuang air panas pada lelaki warga emas itu.



Kapal terbang itu mendarat pada pukul 7.10 pagi (waktu tempatan) di Lapangan Terbang Antarabangsa Hartsfield-Jackson Atlanta, dimana polis menunggu untuk menahan suspek. K Online

Karen mengganas dalam pesawat pula


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a




Shila Amzah mangsa keganasan rumahtangga?

Damian pertahan tindakannya sambut Krismas



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker