Penantian 40 tahun Mak Leha

Penantian 40 tahun Mak Leha

MESKIPUN berdepan krisis banjir yang turut melanda lokasi penganjuran iaitu di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL), Anugerah Drama Sangat 2021 (ADS 2021) tetap meneruskan agenda memberi pengiktirafan kepada penggiat drama tempatan.

Pertama kali dianjurkan, acara terbitan TV3 tersebut menyaksikan drama Budak Tebing menyapu bersih trofi utama iaitu Drama Terbaik dan Pengarah Terbaik, sementara kategori Pelakon Lelaki dan Wanita Terbaik, masing-masing dimenangi hero pujaan Malaya, Zul Ariffin dan Janna Nick.

Paling mencuri tumpuan semestinya apabila pelakon berpengalaman, Liza Abdullah diangkat sebagai Pelakon Antagonis Terbaik selepas 40 tahun berkecimpung dalam dunia lakonan.

Mengakui sangat terharu, dramatis senior berusia 57 tahun itu sangat bersyukur dan pada masa sama, tersentuh apabila selepas 40 tahun berada dalam industri, barulah bakat lakonannya diberi pengiktirafan.

“Selepas 40 tahun, orang angkat sampai ke tahap ini membuatkan saya berasa sangat terharu. Tak sangka masih relevan walaupun saya sudah lama dalam industri.

“Selagi saya diberi peluang dan kekuatan, saya akan terus berjuang demi para penonton.

“Memang tidak dinafikan apa sahaja yang kita buat pasti ada titik noktah suatu hari nanti.

Tanggungjawab

“Pun begitu, saya anggap kerja lakonan ini sebagai minat. Ada waktu kita mungkin akan rasa down atau mahu berehat seketika, tapi sebagai pelakon, kita diberi tanggungjawab untuk terus berkarya. Itu motivasi saya,” katanya.

Liza yang menang kategori tersebut menerusi watak Mak Leha dalam drama rantaian 7 Hari Mencintaiku 2 berterima kasih kepada juri profesional yang mengiktiraf kerja lakonannya.

“Saya percaya juri memilih saya sebagai pemenang kerana mereka nampak kesungguhan dan komitmen saya melakonkan watak Mak Leha.

“Dicalonkan sebagai Top 5 pun saya dah bersyukur apatah lagi apabila menang. Memang saya tak sangka. Mereka yang turut tercalon dalam kategori ini, semuanya hebat-hebat belaka tetapi rezeki ternyata berpihak kepada saya,” ujarnya.

Acara ADS 2021 yang berjalan secara langsung minggu lalu terpaksa dihentikan disebabkan cuaca yang mengakibatkan banjir di lokasi acara.

Dipancarkan menerusi stesen TV3, hanya sembilan anugerah sempat disampaikan secara langsung iaitu Pelakon Antagonis Terbaik, Penulis Skrip Terbaik, Drama Adaptasi Novel Terbaik, Babak Tular Terbaik, Pasangan Drama Terbaik, OST Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik dan Anugerah Drama Mandarin Terbaik.

Sedih Baki lima anugerah lain diumumkan keesokan harinya menerusi program Melodi pada Ahad. K Online

Penantian 40 tahun Mak Leha


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Puteri Balqis mengaku ibunya bertatu

Puteri Balqis Jawab Persoalan Peminat Mengenai Isu ‘Muslim Gay’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker