Sharnaaz dah bosan berjambang?

Sharnaaz dah bosan berjambang?

Sharnaaz Ahmad antara pelakon lelaki tanah air yang tidak kurang hebat bakatnya.

Sama ada melakonkan watak baik atau sebaliknya, ia pasti dibawakan sebaik mungkin.



Terbaharu, bapa tunggal berusia 36 tahun ini muncul membintangi drama I Promise, Janji Anaqi arahan Hadith Omar yang kini ditayangkan di Astro Ria, jam 11 malam.

Melakonkan watak Anaqi, penampilan Sharnaaz dalam drama ini agak menarik dengan imej berjambang. Berbicara mengenainya, bapa kepada Jebat Jaydeen Ahmad ini berkata, dia menyimpan jambang kerana tuntutan kerjaya.

“Buat masa sekarang, saya akan kekal dengan imej berjambang ini dan tak tahulah sampai bila. Mungkin rasa dah bosan nanti, sedar-sedar tengok dah tak ada. Apapun, saya terikat dengan imej ini (jambang) kerana kerja.

“Tahun depan juga saya ada beberapa projek filem yang memerlukan saya tampil berjambang. Insya-Allah, setahun lagi atau dalam tempoh beberapa bulan lagi kalau dah bosan saya cukurlah,” katanya.



Ditanya mengenai rutin hariannya untuk penjagaan jambang itu yang dikata agak sukar, Sharnaaz tidak menafikannya.

“Ya, betul susah juga nak menjaga jambang ini. Bukan sekadar nak kena sikat selalu bagi nampak kemas, tapi saya juga beli bermacam-macam produk untuk penjagaannya,” katanya.

Sharnaaz yang pernah meledak dengan drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta sebagai Jebat dan watak Lan Todak dalam filem Juvana 3: Perhitungan Terakhir mengakui dia lebih gemar watak lasak atau ganas.

Mengulas mengenai isu keganasan rumah tangga dan hubungan suami isteri bermasalah dipaparkan dalam drama I Promise, Janji Anaqi itu, Sharnaaz berkata, ia untuk perkongsian masyarakat.



“Dalam hal ini, tak kisah sama ada individu itu sudah berumah tangga atau masih solo, jika menjadi mangsa keganasan tidak boleh berdiam diri dan perlu bertindak segera.

“Saya sarankan agar mangsa berani membuat aduan kepada pihak berkuasa kerana perkara membabitkan keganasan tidak boleh dibiar kerana faktor keselamatan mereka,” katanya.

Menurut Sharnaaz, harus difikirkan tindakan awal mampu menyelamatkan diri dan keluarga.

Katanya, isu keganasan rumah tangga juga tidak mendiskriminasi jantina.



“Sama ada lelaki atau wanita kena ambil perhatian mengenai perihal keganasan ini. Tak kiralah sama ada ia bermula dengan pukulan kecil seperti tamparan, kena buat aduan segera.

“Ini kerana semua hal sebenarnya bermula dari perkara kecil dan kalau didiamkan pasti lama-kelamaan menjadi besar, sampai sukar dikawal. Jadi, jika berlaku cepat-cepat bertindak,” katanya.

Drama I Promise, Janji Anaqi turut membariskan pelakon seperti Emma Maembong, Talha Harith, Dayana Roza, Elyas Abdullah, Isaac Imann, Izuan Razali dan Ikhwan Khairudin.

Alami cedera ringan



Apabila terbabit dengan babak aksi seperti pertarungan, tak dinafikan risiko kecederaan ringan akan berlaku.

Bagi Sharnaaz, ia perkara biasa kepada seseorang pelakon untuk hasil lakonan yang baik.

“Cedera ringan tidak boleh dielak apabila aksi itu dilakukan sendiri. Macam saya, memang alami kecederaan seperti luka kecil dan calar-calar kulit selepas buat babak aksi.

“Ia perkara biasa dan walaupun berhati-hati kalau nak cedera akan cedera juga. Bagi saya, hanya perlu waspada dan jika cedera sedikit-sedikit itu ‘adat’ sebagai pelakon,” katanya.



Bercerita mengenai perkembangan karier, Sharnaaz berkata, dia bersyukur rezekinya dalam lakonan tetap ada walaupun kini negara masih berhadapan dengan Covid-19.

“Selain tawaran berlakon drama, saya juga mendapat rezeki untuk filem. Alhamdulillah, saya bersyukur dengan semua rezeki ini dan teruskan menyokong karya seni tempatan,” katanya.

Sharnaaz yang teruja membintangi filem baharu berkata, sebagai anak seni dia sentiasa mahukan perkembangan positif di dalam industri dan akan sentiasa berusaha memberi lakonan terbaik. HM

Sharnaaz dah bosan berjambang?


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kalau dahulu PH tak batalkan Projek Canal City masalah banjir di Selangor sudah selesai

Puteri Balqis Jawab Persoalan Peminat Mengenai Isu ‘Muslim Gay’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker