Amelia Henderson sudah bosan

Amelia Henderson sudah bosan

“Bosan juga kalau asyik bawa watak wanita teraniaya dan 24 jam asyik menangis. Kali ini saya sangat teruja apabila membawakan watak lain daripada yang lain.

“Saya ingin membawakan watak wanita kuat yang bukan sekadar berada di belakang lelaki saja. Saya pun dapat turut serta melakukan adegan aksi.

Demikian kongsi pelakon Amelia Henderson,26, yang berhasrat untuk berkembang lebih jauh dalam industri seni tempatan.

Jelas pelakon berdarah campuran Sri Lanka-Scotland itu menjelaskan tidak mahu terikat dengan watak yang sama sebaliknya mendambakan kepelbagaian dalam berkarya sebagai pelakon.

“Cabaran membawakan watak kali ini adalah saya perlu memerlukan tenaga yang banyak. Lebih menaik, saya dapat melakukan segala hobi lasak yang diminati secara percuma.

“Bagi filem Pulau, saya memegang watak utama yang sebenarnya agak berbeza dengan diri saya sendiri dan sangat mencabar,” katanya.

Selain Amelia, filem Pulau turut dibintangi oleh Alif Satar, Ikmal Amry, Namron, Sabronzo (Dolla), Wan Hanafi Su, Harris Annuar, Sanja Suri, Joey Leong, Cedric Loo dan ramai lagi pelakon dari pelbagai latar belakang.

Amelia Henderson sudah bosan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Puteri Balqis mengaku ibunya bertatu

Puteri Balqis Jawab Persoalan Peminat Mengenai Isu ‘Muslim Gay’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker