Hadiah tak dihargai calon mertua, netizen suruh wanita lari

Hadiah tak dihargai calon mertua, netizen suruh wanita lari

Satu hantaran di aplikasi sosial TikTok yang menunjukkan calon mertua seorang wanita yang tidak menghargai hadiah yang diberikan oleh bakal menantunya menjadi tular di media sosial Indonesia, lapor laman berita Suara.com semalam.

Video itu dimuat naik oleh pemilik akaun TikTok bernama @noviinestya, menceritakan tentang insiden yang dialami oleh rakannya.

Video tersebut menunjukkan tangkap layar perbualan antara pemilik akaun dengan rakannya itu.

Rakan wanita itu membelikan sejambak bunga sempena hadiah Hari Ibu kepada calon ibu mertuanya.

Dia menyangka calon mertuanya itu akan menyukai hadiah yang diberikan namun sangkaannya meleset apabila calon mertuanya itu malah memuat naik status di aplikasi WhatsApp yang membuatkan wanita itu berkecil hati.

“Saya tidak menyukai hadiah-hadiah seperti itu. Bukan budaya kita,” tulis calon ibu mertua itu pada status yang dimuat naik.

Netizen yang membaca kisah itu rata-ratanya menasihatkan rakan kepada pemilik akaun itu supaya mengakhiri hubungannya dengan teman lelaki memandangkan calon mertua seolah-olah tidak menghargainya.

“Lari, baru bercinta sudah bersikap begitu. Bagaimana jika anda berkahwin kelak, mungkin anda semakin tidak dihargai,” komen seorang netizen.

“Dia tidak boleh ‘menyembunyikan’ perasaan dengan baik, rumit jika mempunyai mertua sebegitu,” komen seorang netizen lain. K Online

Hadiah tak dihargai calon mertua, netizen suruh wanita lari


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kalau dahulu PH tak batalkan Projek Canal City masalah banjir di Selangor sudah selesai

Puteri Balqis Jawab Persoalan Peminat Mengenai Isu ‘Muslim Gay’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker