Nora Danish Terkejut Suami Berkaki Ayam Bantu Mangsa Banjir

Nora Danish Terkejut Suami Berkaki Ayam Bantu Mangsa Banjir

Pelakon jelita, Nora Danish meluahkan rasa terharu dengan sikap suaminya, Nedim Nazri Aziz yang tidak putus memberikan bantuan kepada mangsa banjir.

Menerusi Insta Stories miliknya, Nora akui rasa terkejut melihat gambar suaminya itu yang hanya berkaki ayam sewaktu bertungkus lumus membantu mangsa-mangsa yang terkesan. Ini berikutan menurut pelakon itu, Nedim merupakan seorang individu yang penggeli.



“Berkaki ayam? My hubs la seorang penggeli yang teramat”- dedah Nora

Tambah Nora lagi, dia berasa bangga melihat suaminya yang sudi membantu mangsa banjir di pelbagai lokasi yang berbeza sehingga bergaduh untuk memberikan bantuan kepada mereka.

“So so proud of you baby. I tak tahu mana you dapat semangat you. 4 hari berturut-turut, dari satu tempat ke satu tempat.

Sampai tak makan, pagi-pagi dan bangun, call sana sini, cari tempat yang memerlukan bantuan, sampai bergaduh nak tolong orang”- kata Nora lagi



Nedim Anggap Mangsa Yang Terjejas Banjir Akan Bantu Mereka Semula Kelak

Nedim kemudian mengulang siar dan membalas perkongsian isterinhya itu dengan menyifatkan mangsa banjir iniakan membantu mereka semula kelak dengan penuh ikhlas.

“Semangat saya datang dari dari awak dan anak-anak. Percaya lah satu hari nanti mereka ni lah yang akan bantu kita balik dengan keikhlasan mereka sendiri.”-Balas Nedim

Untuk rekod, Nedim telah bekerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO), The Hope Branch bagi memberikan bantuan di kawasan terjejas banjir di negara. Murai



Nora Danish Terkejut Suami Berkaki Ayam Bantu Mangsa Banjir


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kalau dahulu PH tak batalkan Projek Canal City masalah banjir di Selangor sudah selesai



Puteri Balqis Jawab Persoalan Peminat Mengenai Isu ‘Muslim Gay’



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker