Zahid AF kahwin kali kedua

Zahid AF kahwin kali kedua

Penyanyi Zahid Baharudin, 41, menamatkan zaman duda dengan wanita pilihan hati, Nurul Shuhada Osman, 26, dalam satu majlis pernikahan di Masjid Terapung Tanjung Bungah, Pulau Pinang jam 10.30 pagi Ahad lalu.

Dengan sekali lafaz, pasangan itu sah bergelar suami isteri dengan mas kahwin sebanyak RM2,000.

Zahid berkata, dia mengenali Nurul kira-kira tiga tahun lalu ketika sedang membuat persembahan ‘busking’.

“Saya mengenali Nurul ketika dia menjadi penonton untuk sebuah persembahan saya kira-kira tiga tahun lalu. Bertitik-tolak dari situ, hubungan kami semakin serius dan nekad untuk melangkah ke fasa seterusnya. Alhamdulillah, Ahad lalu kami sah bergelar suami isteri,” katanya.

Zahid berkata, tarikh pernikahan pada 19 Disember itu turut jatuh pada hari kelahirannya.

Menurut Zahid, dia mengakui berfikir panjang untuk memegang gelaran suami buat kali kedua dan berharap ikatan rumah tangga yang baru dibina akan berkekalan hingga akhir hayat.

“Perkahwinan kali kedua ini saya memang ambil masa nak buat keputusan. Beberapa kali saya bertanya kepada isteri mengenai keputusan yang bakal dibuat.

“Alhamdulillah dia sedia menerima saya seadanya. Cuma menjelang hari pernikahan banyak dugaan yang berlaku memandangkan proses pernikahan sewaktu musim pandemik ini sangat mencabar. Saya juga tidak berniat untuk merahsiakan pernikahan ini kerana saya sangat bersimpati dengan nasib mangsa banjir. Jadi saya ambil masa untuk umumkan kepada orang ramai.

“Semasa pernikahan berlangsung ada kenalan dan ahli keluarga yang memuat naik gambar dan video, cuma saya memilih untuk kongsikannya malam tadi,” katanya.

Zahid yang juara Akademi Fantasia musim kedua (AF2) bercerai dengan bekas isterinya, Sarah Julifa Yusof pada 18 Julai 2019.

Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki Zareef Nufael yang kini berusia tujuh tahun. HM

Zahid AF kahwin kali kedua


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Aktor Taiwan beri RM302,000 kepada pembantu rumah

Ibu saksi anak dirogol bekas suami di depan mata

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker