6 tahun menjanda, Oktovia nikahi pemain bola sepak

6 tahun menjanda, Oktovia nikahi pemain bola sepak

Dengan sekali lafaz, pelakon Oktovia Manrose sah bergelar isteri kepada bekas pemain bola sepak, Mohamad Khairul Efsan Mdisa.

Oktovia dan Khairul Efsan disatukan sebagai pasangan suami isteri dalam satu majlis akad nikah yang diadakan di Magica Quill Ballroom, Quill City Mall sekitar pukul 9.30 malam di sini sebentar tadi.

Pasangan mempelai dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan yang juga penyanyi dangdut popular, Iwan Syahman disaksikan jurunikah, Ustaz Mohamad Fairuz Saderi.

Pada majlis bertemakan dalam taman itu, Khairul Efsan menyerahkan mas kahwin sebanyak RM80. Bagaimanapun, jumlah wang hantaran dirahsiakan.

Oktovia atau nama lengkapnya, Wan Syamira Putri Oktovia Wan Syahman, 30, menerima lima dulang hantaran berbalas tiga daripada pihak pengantin lelaki.

Efsan merupakan bekas pemain bola untuk kumpulan Melaka United.

Terdahulu, Oktovia yang cukup dikenali menerusi filem Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda pernah mendirikan rumah tangga dengan lelaki bernama Mohd. Izat Abdul Rahman pada 2011 namun bercerai empat tahun selepas itu.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia 9 tahun bernama Muhammad Rayyan Zulkarnain.

Oktovia merupakan anak kedua daripada tiga beradik, hasil perkongsian hidup penyanyi dangdut, Iwan Syahman dan pelakon Allahyarham Rosnah Mohd. Noor. K Online

6 tahun menjanda, Oktovia nikahi pemain bola sepak


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Muak menunggu NADMA, ATM turun bantu mangsa banjir

Lokasi nahas pesawat MH370 di Kemboja?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker