Shiha Raih Anugerah Malaysia Model Star di Korea

Shiha Raih Anugerah Malaysia Model Star di Korea

Dipilih sebagai pemenang kategori Anugerah Malaysia Model Star sempena Anugerah Asia Model Festival 2021, penyanyi dan pelakon, Shiha Zikir, 34, masih berasa kerdil menerusi pencapaian yang diiktiraf dari negara Korea Selatan itu.

Menurut Shiha, dia tidak menyangka dirinya dipilih untuk meraih anugerah tersebut memandangkan baginya, ada ramai artis atau selebriti tanah air yang dirasakan lebih layak untuk diangkat.

“Tetapi tentunya saya rasa sangat terharu dengan penghargaan ini. Orang luar melihat ada sesuatu pada diri saya ketika diri sendiri merasa ada artis lain yang lebih layak untuk memenanginya.

“Tuhan nak beri rezeki ini, tentunya saya rasa senang hati dan bersyukur,”katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Terdahulu, Shiha berkongsi berita gembira itu di akaun Instagramnya hari ini menerusi sebuah video dan juga sekeping gambar yang memaparkan dirinya memegang anugerah tersebut.

Sementara itu, menurut Shiha, dia difahamkan, anugerah tersebut diberikan kepadanya menerusi penilaian dan kapasiti profil dan personalitinya sebagai seorang artis dan selebriti di Malaysia.

“Masih saya ingat, orang yang mendekati pada waktu itu ialah jurugaya bernama Azuki. Kami kenal sewaktu sama-sama terlibat dalam pembikinan muzik video lagu Tahun Baru Cina. Belum keluar lagi lagu itu.

“Satya seorang saja Melayu di situ. Tak tahulah apa yang dia nampak pada saya dan katanya nak pilih Shiha Zikir untuk anugerah ini.

“Saya kata, eh saya ini tak cantiklah. Ada orang lain lebih bagus dari saya. Tapi dia dan pasukannya tetap berkeras dan sangat positif,”katanya.

Selain itu kata Shiha, dia juga seakan tidak percaya anugerah itu akhirnya benar-benar digenggam di tangan meski pada awalnya enggan terlalu berharap.

“Mulanya antara percaya tak percaya sebab mereka kata tak dapat pergi Korea namun nak pos trofi itu kepada saya di sini. Sekali memang betul-betul trofi itu dipos dan sampai. Mas aitulah baru terbit rasa gembira,”katanya.

Dalam pada itu, menerusi penghargaan tersebut, Shiha yang menjadikannya sebagai pembakar semangat untuk melakukan yang lebih baik dalam kariernya turut merancang untuk menghasilkan sebuah projek istimewa akan datang.

Kata Shiha, satu daripada impiannya adalah untuk melebarkan sayap ke peringkat antarabangsa dan ini mungkin boleh dijadikan batu loncatan untuk merealisasikan hasrat tersebut.

“Mungkin saya akan cuba dari segi pembikinan lagu. Doakan agar rezeki saya dipermudahkan nanti ya. Terima kasih atas semua sokongan yang telah diberikan oleh semua pihak demi kerjaya saya dari dulu sampai sekarang,”katanya. Utusan

Shiha Raih Anugerah Malaysia Model Star di Korea


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Tahanan wanita dakwa dipaksa lakukan oral seks di balai polis

Sihir Pelalau, ini tanda jika anda terkena

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker