Dafi mahu isteri yang boleh buat dirinya ketawa

Dafi mahu isteri yang boleh buat dirinya ketawa

Penyanyi Dafi menjelaskan tidak mahu terburu-buru mendirikan rumah tangga kerana masih mahu mencapai beberapa impian dan sasaran terlebih dahulu.

Dafi atau nama sebenarnya Gadaffi Ismail Sabri mengambil pendekatan untuk menyerahkan soal pencarian pasangan hidupnya kepada ibu bapanya.



“Hanya gurauan sempena ulang tahun kerana ibu bapa saya bukan yang jenis asyik bertanya saja soal jodoh. Mereka faham yang kahwin ini bukan hanya sebab usia sahaja.

“Saya sendiri ada beberapa sasaran yang saya nak capai dalam kehidupan saya sebelum nak fikir soal berkahwin. Siapa tak nak kahwin kan?

“Bagi saya, kalau Allah kata jadi, Insya-Allah ada la jodoh. Mungkin kalau ibu bapa saya nak carikan pun saya tak kisah,” katanya.

Sebelum itu, kapsyen Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mengusik anaknya dengan bertanyakan mengenai calon isteri sempena ulang tahunnya yang ke-33 menarik perhatian netizen di laman Instagram.



Bekas peserta Akademi Fantasia musim kelima (AF5) itu bagaimanapun langsung tidak mengambil hati dengan usikan bapanya yang bertanyakan soal jodoh.

Mengulas mengenai kriteria wanita pilihannya, Dafi berharap dipertemukan dengan seseorang yang sentiasa kelakar untuk menceriakan hidupnya.

“Bukan hendak seseorang untuk menjadi badut tetapi saya mahukan hubungan yang gembira dan ceria yang mana dapat menghiburkan hari-hari saya.

“Saya harap dapat bertemu dengan seseorang yang saya boleh ketawa bersama setiap hari. Saya suka orang yang boleh buat saya ketawa,” katanya. HM



Dafi mahu isteri yang boleh buat dirinya ketawa


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kolam tahi pun cantik di Kedah (Video)



‘Bonggol maut menuju ke alam barzakh’ [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker