Tiada tawaran, Ashira jadi pelayan di restoran demi rezeki

Tiada tawaran, Ashira jadi pelayan di restoran demi rezeki

Demi meneruskan kelangsungan hidup, penyanyi Ashira Aziz tidak kisah melakukan kerja sambilan sebagai pencuci pinggan di sebuah restoran di Puchong, Selangor sejak awal bulan lalu.

Ashira atau nama lengkapnya Sharifah Nur Ashira Syed Abdul Aziz, 36, ketika dihubungi memberitahu, dia memilih untuk bekerja di restoran milik rakannya itu sebagai pelayan dan tukang cuci pinggan kerana perlu mencari rezeki ekoran tiada tawaran membuat persembahan pentas.

“Setiap hujung minggu iaitu pada Jumaat dan Sabtu saya akan bekerja secara sambilan di restoran Crabster, Amigo Club House milik rakan di Puchong, Selangor sebagai pelayan dan juga tukang cuci pinggan.

“Malu? Saya tak rasa malu pun sebab saya bukannya meminta-minta. Alhamdulillah kerja sambilan yang saya buat sekarang tidaklah seberat mana. Alhamdulillah yang penting ada ‘sumber’ untuk saya sekeluarga makan,” katanya.

Ujar pelantun lagu Di Ombak Resah itu lagi, dia bersyukur kerana masih diberikan kudrat oleh Allah SWT untuk mencari ‘sesuap nasi’ walaupun dengan sumber pendapatan yang tidak seberapa.

“Saya sangat bersyukur. Daripada segi pendapatan tidaklah mewah. Tapi yang penting saya masih ada rezeki.

“Simpanan pun asyik ‘keluar’, tak ada yang ‘masuk’. Jadi sedikit sebanyak dengan kerja di restoran saya dapatlah mencari rezeki,” ujarnya.

Tambah bekas peserta program Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) itu, kalau diikutkan rakannya itu tidak menyuruh pun dia untuk bekerja di restoran berkenaan Tetapi Ashira tetap berkeras untuk bekerja pada setiap hujung minggu.

“Saya pergi juga sebab setiap hujung minggu, pelanggan sangat ramai. Saya bantulah apa yang patut termasuk mencuci pinggan.

“Bos (rakan) tidak boleh cakap apa sebab dia pun tidak cukup pekerja sebenarnya. Lagi-lagi kalau ada majlis di situ. Saya sendiri minta untuk dihubungi saya kalau memerlukan pekerja,” katanya.

Ditanya tentang perasaannya bergelar seorang pekerja restoran, Ashira berkata dia berasa seronok sebenarnya kerana melakukan pekerjaan yang tidak pernah dia lakukan sebelum ini.

“Ini kali pertama saya melakukan pekerjaan selain daripada kerja menyanyi. Memang seronok walaupun penat dan sakit-sakit badan.

“Sekarang baru saya tahu macam mana penatnya orang yang bekerja di kedai-kedai makan,” katanya.

Bercakap tentang bayaran yang diterima, Ashira memberitahu dia meminta untuk dibayar pada setiap bulan. Namun majikannya memberikan gaji harian dan mahu tidak mahu, dia terpaksa menerimanya.

Dengan satu persatu ujian yang dilaluinya seperti suami tercinta, Bad Indigo jatuh sakit disebabkan diabetes, dirinya sekeluarga dijangkiti Covid-19 serta kehilangan ibu tiri akibat wabak sama, Ashira sendiri sebenarnya tidak tahu bagaimana dia mengumpul kekuatan untuk mengharungi dugaan tersebut.

“Ujian yang saya lalui ibaratnya sudah boleh dibuat sebuah novel. Tipulah kalau saya tidak sedih. Hendak menangis pun air mata dah kering. Mahu tidak mahu saya kena kuat dan berserah pada Allah SWT.

“Doa minta supaya didekatkan dengan segala kebaikan dan dijauhi dengan keburukan,” kata Ashira.

Menyentuh perkhabaran suaminya, Bad atau nama lengkapnya Badrul Izhan Yeop Abdulah 46, selepas menjalani pembedahan memotong kesemua jari kaki kirinya beberapa bulan lalu, Ashira berkata keadaan suaminya itu kini semakin baik.

“Apa yang saya tahu, paras gulanya kini sudah kembali normal. Cuma sekarang tunggu luka pada kaki sembuh dan selepas itu dia sudah boleh berjalan semula.

“Cuma selepas ini kena berjaga-jaga. Suami pun kata dia ada dapat pekerjaan minggu hadapan kalau tiada aral melintang. Bekerja di bengkel rakannya,” ujar Ashira. K Online

Tiada tawaran, Ashira jadi pelayan di restoran demi rezeki


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Haris tegur Neelofa ‘headbanging’ masa dengar muzik

Pembida Harta Sajat Larikan Diri Rupa-Rupanya PA Aliff Syukri?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker