Fasha Sandha ‘stress’ dengan imej baru

Fasha Sandha ‘stress’ dengan imej baru

PELAKON versatil, Fasha Sandha mengakui tidak gemar akan penampilan baharunya yang berambut perang dan pendek.

Pemilik nama Nur Fasha Sandha Hassan,37, berkongsi bahawa imej terbaharunya adalah kerana tuntutan kerja demi watak sebagai Hanim dalam drama berjudul Khilaf Asmara.

“Saya potong rambut untuk menjayakan watak dalam sebuah drama. Sejujurnya saya memang tak selesa dengan rambut yang berwarna macam ini.

“Tapi disebabkan karakter lakonan, saya buat juga. Ini pun arahan dari sutradara untuk potong dan warnakan rambut bagi menampakkan kelainan.

“Saya tak kisah sebenarnya kalau rambut pendek. Saya pun pernah berambut pendek dahulu. Tapi Cuma sebab warna saja, ini pertama kali dalam hidup saya lunturkan (bleach) rambut. Mula-mula memang tak boleh terima dan malu nak keluar rumah.

“Alhamdulillah, penggambaran drama dah nak habis. Sebaik sahaja habis, saya akan warnakan hitam semula. Saya memang tak biasa dengan warna macam ini,” ujarnya memetik laporan Gempak.

Dalam pada itu, suami Fasha iaitu pelakon Aidil Aziz turut memahami akan tuntutan kerja dan menyukai akan imej terbaru isterinya.

“Saya rasa macam Jennifer Lopes (JLo) ada di sebelah saya. Saya pun kena faham, saya pun seorang pelakon. Fasha buat pun sebab tuntutan karakter.

“Saya faham dia tak selesa. Tapi sudah jadi amanah untuk berlakon. Saya okay saja, dia tetap cantik. Macam saya cakap, bukan senang nak tengok JLo ada di sebelah,” usik Aidil.

Fasha turut tercalon dalam kategori Pelakon Meletop bagi telefilem Sihir Pemisah dan Couple Meletop untuk Anugerah Meletop Era (AME2021) yang bakal bersiaran langsung pada Ahad, 30 Januari bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Utv

Fasha Sandha ‘stress’ dengan imej baru


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Haris tegur Neelofa ‘headbanging’ masa dengar muzik

Pembida Harta Sajat Larikan Diri Rupa-Rupanya PA Aliff Syukri?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker