[VIDEO] Akibat aksi bodoh, ribuan penduduk terpaksa ‘bergelap’

Beijing: Ribuan penduduk di Chengdu di China bergelap selepas seorang lelaki melakukan senaman tekan tubi di atas tiang elektrik.

Dalam kejadian Ahad lalu, pihak berkuasa memutuskan bekalan elektrik kerana tindakan itu membahayakan diri pelaku dan penduduk setempat.

Gulf News melaporkan senaman itu dilakukan pada ketinggian 10 meter dan dia kemudian ditahan kerana perbuatan itu.

Kejadian dimuat naik di platform media sosial China, Weibo yang menunjukkan lelaki itu melakukan tekan tubi di atas tiang elektrik.

“Pihak berkaitan menutup punca elektrik menyebabkan bekalan terputus menjejaskan ribuan rumah,” kata media tempatan, People’s Daily.

Sementara itu, satu lagi media tempatan, The Paper melaporkan unit kecemasan termasuk pasukan perubatan diarah ke lokasi kejadian.

Tidak diketahui sebab lelaki itu melakukan senaman sebegitu namun media tempatan melarang aksi berkenaan ditiru penduduk setempat dan menganggap ia berbahaya.

Insiden berkenaan menjadi tular di media sosial dengan tanda pagar berkaitan aksi itu mendapat tontonan 1.7 juta.

Seorang netizen begitu marah kerana rumahnya terputus bekalan elektrik disebabkan kejadian.

“Selepas membaca berita dan mengetahui alasannya, saya semakin marah,” katanya.

Seorang lagi pengguna Weibo juga tidak beranggapan insiden itu kelakar.

“Gangguan elektrik menyebabkan kerugian besar dan boleh menyebabkan kemalangan serius,” katanya.

Bagaimanapun, tiada maklumat daripada pihak berkuasa mengenai kejadian berkenaan.-HM

Sumber: South China Morning Post

Jangan sampai tak bayar bil elektrik

Related Articles

One Comment

  1. dalam erti kata lain kemarahan penduduk juga bermaksud patut dibiarkan sahaja lelaki itu terkena renjatan eletrik sehingga rentung & hitam seperti orang negro diatas tiang

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker