Senarai pemenang Festival Filem Malaysia ke-31

Senarai pemenang Festival Filem Malaysia ke-31

FILEM arahan Emir Ezwan iaitu Roh diangkat sebagai filem terbaik, Anugerah Festival Filem Malaysia ke 31 (FFM31) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) malam tadi (Jumaat).

Ia sekaligus menyaksikan Roh memnbawa pulang trofi dan Dana Kandungan Digital berjumlah RM500,000.

Sementara itu, filem Roh turut meraih lima anugerah lain iaitu Pelakon Kanak-Kanak Terbaik (Putri Qaseh), Lakon Layar Terbaik, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Junainah M. Lojong), Rekaan Busana Terbaik (Tengku Syahmi) dan Skor Muzik Terbaik (Reinchez Ng).

Kemenangan Roh bagaikan sudah dijangka memandangkan naskhah hebat itu pernah mewakili Malaysia untuk dicalonkan di Anugerah Oscar ke-93 bagi kategori Anugerah Filem Cereka Antarabangsa.

FFM 31 yang berlangsung kali ini menyaksikan sebanyak 55 buah filem dipertandingkan merangkumi 32 filem berbahasa Melayu manakala lapan (Mandarin), 11 (Tamil) dan empat (lain-lain).

SENARAI PENUH PEMENANG FFM31

Sinematografi Terbaik – Low Soon Keong (Fly By Night)

Pelakon Kanak-Kanak Terbaik – Putri Qaseh (Roh)

Lagu Tema Terbaik – Ayuhlah (Suatu Ketika)

Penyunting Terbaik – Heng Yin Chau (Fly By Night)

Pelakon Wanita Harapan – Fify Azmi (Wira)

Pelakon Lelaki Harapan – Anding Indrawani (Headhunter)

Pengarah Harapan – Zahir Omar (Fly By Night)

Cerita Asal Terbaik – Tan Twan Eng (The Garden Of Evening Mists)

Lakon Layar Terbaik – Emir Ezwan (Roh)

Anugerah Khas Penggiat Belakang Tabir – Datuk Seri Dr. Ahmad Nawab

Anugerah Karyawan Sepanjang Zaman – Fauziah NawiAnugerah Karyawan Sepanjang Zaman – Fauziah Nawi

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Junainah M. Lojong (Roh)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – Remy Ishak (Sangkar)

Filem Box Office – Ejen Ali The Movie

Poster Terbaik – Walk With Me

Kesan Khas Visual Terbaik – The Garden Of Evening Mists

Tatarias Terbaik – Ella Sandera (Sangkar)

Rekaan Busana Terbaik – Tengku Syahmi (Roh)

Skor Muzik Terbaik – Reinchez Ng

Penataan Seni Terbaik – Sangkar

Penataan Bunyi Terbaik – Ejen Ali The Movie

Anugerah Khas Juri 1 – Suatu Ketika

Anugerah Khas Juri 2 – Geran

Anugerah Khas Juri 3 – Headhunter

Pelakon Wanita Terbaik – Sinje Lee (The Garden Of Evening Mists)

Pelakon Lelaki Terbaik – Zul Ariffin (Sangkar)

Pengarah Terbaik – Khabir Bhatia (Sangkar)

Filem Terbaik – Roh

Senarai pemenang Festival Filem Malaysia ke-31


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Berjoget lepas sah cerai depan pejabat agama

‘Asean Lady’ Milik Vincent Tan Akan Dijual Pada Harga RM143 Juta

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker