Ini paling susah – Remy Ishak

Ini paling susah – Remy Ishak

“Ini anugerah yang paling susah nak dapat,” kata pelakon Remy Ishak apabila dia dinobatkan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik pada Anugerah Festival Filem Malaysia ke-31 (FFM31).

Remy berkata, dia pernah tercalon pada FFM sebanyak tiga kali namun rezeki tidak berpihak padanya.

“Alhamdulillah, penantian 15 tahun saya berhasil juga. Syukur kepada Allah SWT. Ini anugerah yang saya boleh katakan susah nak dapat. Pernah tiga kali tercalon, kali ini baru dapat.

“Memang tak menjangka dan saya masih menggeletar sebenarnya. Ini adalah rezeki daripada Allah,” katanya kepada Harian Metro.

Remy pernah tercalon dalam kategori Pelakon Harapan Lelaki Terbaik pada FFM23 menerusi filem Evolusi KL Drift 2.

Seterusnya Remy tercalon pula dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik pada FFM24 menerusi filem Nur Kasih The Movie.

Kali terakhir Remy tercalon dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik pada FFM30 menerusi filem Pulang. HM

Ini paling susah – Remy Ishak


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Berjoget lepas sah cerai depan pejabat agama

‘Asean Lady’ Milik Vincent Tan Akan Dijual Pada Harga RM143 Juta

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker