Tajul rahsiakan perkahwinan kerana ini

Tajul rahsiakan perkahwinan kerana ini

Sempena ulang tahun kelima perkahwinannya, penyanyi Tajul, 23, mendedahkan sebab utama kenapa dia merahsiakan pernikahan dengan Nurul Shameiza Eddie, 25, selama dua tahun sebelum ini.

Tajul atau nama sebenarnya Tajul Ariff Noor Md Saari berkata, dia yang melangsungkan pernikahan pada 10 Disember 2017 terpaksa merahsiakan perkara itu bagi menghormati pemergian bapa mentuanya ketika itu.

“Ramai tanya saya kenapa sorokkan masa nikah. Ini kerana arwah bapa mentua baru meninggal dunia ketika itu. Jadi, kami putuskan untuk diamkan saja perkara itu demi menghormati pemergiannya. Namun, tak sangka sampai dua tahun dapat merahsiakannya,” katanya.

Penyanyi lagu Tragedi Cinta itu juga tidak menafikan jadual kerjayanya yang padat juga menjadi faktor utama dia belum terbuka berkongsi mengenai isterinya.

“Waktu itu saya sibuk bekerja. ‘Out station’ sana sini. Saya bersyukur isteri memahami kerjaya saya. Dia tak pernah cakap apa-apa, saya pun tak ada niat lain selain itu,” katanya.

Tajul turut mengakui terlalu banyak perkara yang dipelajari selama lima tahun berumah tangga.

Dia berazam untuk terus memperbaiki diri dan menjadi ketua keluarga yang baik.

“Alhamdulillah dah sampai ke destinasi, sambut ulang tahun saya dan isteri yang kelima. Terima kasih atas segalanya Shameiza Eddie jadi isteri dan ibu yang baik untuk saya dan anak-anak kita.

“Insya-Allah saya doakan yang terbaik untuk kita satu keluarga. Selama lima tahun banyak asam garam rumah tangga kita lalui, kita belajar dari kesilapan dan berubah jadi lebih baik,” katanya.

Pada 2019, Tajul tampil membuat pengakuan bahawa dia sudah berkahwin selama dua tahun.

Ketika itu, dia memberi alasan takut peminat lari apatah lagi karier nyanyian sedang berada di puncak.

Hasil perkahwinan mereka, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Adriana Carissa, 2, dan Adrian Rifqy yang kini berusia lapan bulan. HM

Tajul rahsiakan perkahwinan kerana ini


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Arab Saudi dikecam netizen, konsert Bieber halal, Tabligh haram

‘Saya pakai lagi seksi keluar dengan suami’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker