Uqasha, Kamal tunai umrah selepas doa makbul

Uqasha, Kamal tunai umrah selepas doa makbul

Bagi memanjat kesyukuran doa jodohnya diperkenankan Allah, Uqasha Senrose memilih menunaikan umrah di Tanah Suci Makkah bersama suaminya, Kamal Adli pada 23 Disember ini.

Sah bergelar suami isteri pada 5 November lalu, Uqasha berkata, dia sebak tatkala doa insan jahil dan serba kekurangan sepertinya diperkenankan Tuhan ketika menunaikan umrah suatu ketika dahulu.

Katanya, pemergian bersama suami menjadi saat bermakna buatnya, apatah lagi, kali ketiga menjejak kaki ke tanah suci, manakala Kamal pula baru kali pertama.

“Hati sedikit terusik kerana pemergian kali ini sebagai suami isteri. Malah, hati sebak apabila mengenang doa saya agar dipertemukan jodoh dengan Kamal dimakbulkan walaupun serba tidak sempurna.

“Nyata, sejahil mana manusia, doa yang dipanjangkan di tanah suci tiada hijab di sisi Allah. Jadi, saya mengajak Kamal mengerjakan umrah bagi memanjat kesyukuran apabila sah bergelar suami isteri.

“Apatah lagi, Kamal belum pernah menjejak kaki ke tanah suci, ia satu lagi perkara membahagiakan kami. Jadi, saya mahu menjadi insan pertama membawa Kamal mengerjakan umrah,” katanya kepada BH Online.

Uqasha atau nama sebenarnya, Nik Zaris Uqasha Nik Sen berkata, dia memang berdoa agar dipertemukan jodoh dengan Kamal ketika menunaikan umrah buat kali kedua.

“Masa itu, kami sedang mengenali hati budi. Saya berdoa jika benar Ahmad Kamal Ahmad Adli adalah jodoh saya, pertemukan jodoh kami. Jika sebaliknya, pisahkan kami dengan cara baik.

“Kali pertama saya ke Makkah, antara doa dipinta supaya drama gandingan kami, Setelah Terlafaznya Akad meletup dan menjadi fenomena. Alhamdulillah, drama ini menjadi dan trending,” katanya.

Uqasha berkata, minat terhadap kembara atau percutian berubah selepas bertemu Kamal.

“Jika dahulu saya akan memerap dalam bilik apabila menjalani penggambaran drama di lokasi menarik. Saya jenis tidak menerokai pengembaraan luar.

“Namun, minat berubah selepas kami saling mengenali.

“Saya dan Kamal akan terbabit dengan rakaman program Romantika untuk berbulan madu. Cuma belum dapat ditentukan destinasi kerana bergantung negara akan dilawati,” katanya.

Sementara itu, Kamal teruja dan tidak sabar untuk ke tanah suci bersama isteri tersayang.

“Ini pengalaman pertama saya mengerjakan umrah. Kami akan membawa iringan doa yang baik untuk kami berdua.

“Sudah semestinya saya bertambah seronok apabila dapat beribadah bersama isteri. Doakan ibadah kami dipermudahkan.

“Saya akui, rezeki saya dan isteri berlimpah ruah dengan tawaran lakonan selepas mendirikan rumah tangga,” katanya yang akan memulakan penggambaran drama Setelah Terlafaznya Akad musim kedua, tidak lama lagi.

Secara peribadi, Kamal menyifatkan Uqasha sebagai wanita sangat istimewa.

“Saya suka Uqasha sebab dirinya seadanya. Orang tengok isteri di kaca televisyen berbeza dengan apa yang dizahirkan dalam alam realiti. Dia sangat baik, pemurah dan merendah diri.

“Isteri juga menjadi penyokong paling kuat. Saya syukur, Usaqha ditakdirkan sebagai isteri yang akan menghabiskan masa seumur hidup bersama sama. Insya-Allah,” katanya.

Mengulas soal zuriat, pasangan ini mahu empat cahaya mata jika diizinkan, malah tidak menolak sekiranya dikurniakan cahaya mata awal.

Terdahulu, pemenang trofi Gandingan Serasi Drama Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) pada edisi 33 dan 34 ini mengumumkan pernikahan mereka dalam sidang media, baru-baru ini.

Pengumuman dibuat selepas sebulan disatukan sebagai suami isteri dalam majlis secara tertutup di sebuah lokasi persendirian di Janda Baik, Pahang. BH

Uqasha, Kamal tunai umrah selepas doa makbul


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Arab Saudi dikecam netizen, konsert Bieber halal, Tabligh haram

‘Saya pakai lagi seksi keluar dengan suami’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker