Ghostbusters Afterlife, sisi berbeza disajikan

Sebaran :

Ghostbusters Afterlife, sisi berbeza disajikan

Oleh Syafil Syazwan Jefri

PENANTIAN akhirnya membuahkan hasil apabila filem Ghostbusters: Afterlife akhirnya ditayangkan di pawagam tanah air. Sejujurnya, saya sebagai penggemar dan penonton filem menantikan kehadiran filem ini.

Trailer, poster dan segala bentuk promosi Ghostbusters: Afterlife berjaya mencuri tumpuan saya dan membuatkan saya teruja untuk menonton.



Walaupun ada pelbagai kritikan yang saya baca daripada pengkritik filem dunia, kenapa saya perlu ambil peduli. Jadi, tanpa membuang masa, saya melangkah ke pawagam untuk menonton sendiri filem arahan pengarah Jason Reitman ini.

Secara ringkasnya, filem Ghostbusters kali ini berbeza berbanding filem Ghostbusters yang pernah saya tonton. Bagi saya, filem ini lebih ‘serius’ dari segi jalan ceritanya dan menampilkan sisi berbeza filem Ghostbusters.

Bermula dengan babak yang menimbulkan persoalan, filem kali ini membuatkan penonton tertanya-tanya, apa yang berlaku dan akan berlaku dalam babak seterusnya.

Kemudian, penonton dibawa masuk dalam keluarga Callie, seorang ibu tunggal yang juga anak kepada anggota Ghostbuster iaitu Egon Spengler.



Callie memiliki dua cahaya mata iaitu anak lelaki yang meningkat remaja bernama Trevor dan anak perempuan, Phoebe. Mereka bertiga terpaksa berpindah ke rumah ladang milik mendiang Egon selepas dibebani dengan hutang.

Menetap di rumah usang yang ditinggalkan, Phoebe menemui alat meter PKE milik datuknya yang dapat mengesan hantu. Dia yang begitu ingin tahu mengenai kisah di sebalik alat itu cuba mencari pelbagai bukti lain mengenai kewujudan hantu.

Sementara itu, abangnya, Trevor pula menemui kereta Ecto-1 yang disimpan dalam garaj lama. Berjaya membaiki dan menghidupkan semula kenderaan itu, Trevor dan Phoebe bersama dua sahabat mereka memburu hantu serta pada masa sama, cuba menyelamatkan pekan tempat tinggal mereka.

Caliie yang pada awalnya tidak percaya dengan kewujudan hantu terpaksa akur apabila melihat sendiri pelbagai insiden aneh yang berlaku di depan mata, terutama membabitkan keluarganya.



Apa yang jelas adalah, bagaimana Reitman cuba mengetengahkan elemen kekeluargaan dalam filem ini. Adegan aksi dan elemen komedi turut diselitkan, namun tidak keterlaluan.

Dari segi perkembangan babak, dapat saya katakan bahawa ia adalah seimbang dan tidak terlalu meleret. Malah, semuanya berlaku dengan begitu pantas dan teratur.

Setiap babak juga diterjemahkan dengan teliti dan mudah difahami oleh penonton walaupun anda tidak pernah menonton beberapa filem yang terdahulu.

Lebih menarik, Ghostbusters: Afterlife juga membawa semua anggota asal Ghostbuster iaitu Ray Stantz, Peter Venkman dan Winston Zeddemore di samping roh Egon yang dimunculkan.

Yang pasti, Ghostbuster: Afterlife tentunya akan mengimbau kenangan buat penonton yang pernah menonton dan membesar bersama filem ini. HM

Ghostbusters Afterlife, sisi berbeza disajikan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Gelagat Sekumpulan Lelaki Keluarkan Mayat Rakan Dari Keranda Untuk Dibawa Berjalan [VIDEO]

Try It! This Tunnel Leads You On A Hike With A Scenic View Of Malaysia’s Tallest Highway [VIDEO]


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *