Gaduh dengan isteri, lelaki pukul diri sendiri

Gaduh dengan isteri, lelaki pukul diri sendiri

Tindakan ‘pelik’ seorang lelaki memukul diri sendiri selepas bergaduh dengan seorang wanita dipercayai isterinya mengundang persoalan netizen.

Aksi pasangan itu dikatakan berlaku di sebuah kawasan perumahan dan telah dirakam oleh penghuni di kawasan terbabit sebelum ia tular di media sosial.

Menerusi klip video berdurasi lima minit tujuh saat itu, kelihatan pasangan berkenaan sedang bergaduh di jalan raya.

Tidak dapat dipastikan punca sebenar pergaduhan itu, namun apa yang jelas lelaki terbabit dilihat memukul diri sendiri sambil mengejar seorang wanita.

Turut kelihatan sebuah motosikal jenis Yamaha 125Z dalam keadaan terbalik di tengah-tengah jalan raya.

Pada masa sama, ada pengguna jalan raya cuba meleraikan pergaduhan itu, namun pasangan tersebut tidak mengendahkannya.

Namun, pada minit akhir klip video berkenaan kelihatan pasangan itu membonceng motosikal bersama sebelum meninggalkan lokasi ‘drama’ pergaduhan tersebut.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan lokasi sebenar pergaduhan itu berlaku dan tarikh video itu dirakam.

Susulan perkongsian itu, rata-rata netizen mempersoalkan tindakan pasangan itu yang telah bergaduh dikhalayak ramai.

“Apa punca sampai bergaduh di tempat awam, tak malu ke? kalau ia pun sampai rumah dululah nak gaduh pun,” soal Lia Amalia.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Apit Lebor.

“Dah macam orang tak betul (gila) bergaduh di khalayak ramai lepas tu pukul diri sendiri, sakit dapat, malu pun dapat,”tulisnya. K Online

Gaduh dengan isteri, lelaki pukul diri sendiri


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

‘Mejar Shuhada’ perdaya mangsa, liwat mangsa lelaki

Aksi Polis Serbu Geng Motosikal Di Stesen Minyak (video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker