Dasar 1 peratus peluang kerja OKU jadi KPI semua kementerian

KUALA LUMPUR, 29 Rabiulakhir 1443H, Sabtu – Kerajaan menetapkan dasar satu peratus peluang pekerjaan dalam perkhidmatan awam kepada Orang Kurang Upaya (OKU) dijadikan petunjuk prestasi utama (KPI) bagi semua kementerian dan perlu dicapai pada penghujung tahun 2022, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perdana Menteri berkata penetapan ini adalah berikutan dasar berkenaan belum lagi mencapai sasaran setakat ini.

“Di dalam Bajet 2022 menyediakan peluang untuk anak muda OKU dilantik menerusi skim MySTEP (Program Pekerjaan Jangka Pendek Malaysia) dengan menawarkan 80,000 peluang pekerjaan secara kontrak merangkumi 50,000 pekerjaan dalam sektor awam dan 30,000 dalam syarikat berkaitan kerajaan mulai Jan 2022.

“Azam dan usaha ini sekali gus membantu mempercepatkan Dasar 1 Peratus OKU dalam sektor awam tercapai,” katanya semasa berucap merasmikan Majlis Malam Kasih OKU Keluarga Malaysia sempena Hari OKU Sedunia Peringkat Kebangsaan di sini.

Turut hadir Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata kerajaan tidak pernah sesekali meminggirkan golongan OKU, malah sentiasa mengiktiraf peranan dan kepentingan mereka terutamanya dalam agenda Keluarga Malaysia.

Kerajaan, katanya, menyedari dalam tempoh hampir dua tahun ini seluruh rakyat terbeban dengan ancaman pandemik COVID-19 dan golongan OKU merupakan antara kelompok yang sangat terkesan akibat wabak itu.

Justeru, selain menyeru OKU bersiap siaga untuk menyesuaikan diri dengan perubahan-perubahan ke arah fasa endemik, kerajaan katanya akan sentiasa membantu dan menyokong agar golongan ini terus kental, berdaya tahan dan bersifat anjal bagi menyesuaikan diri dengan cara hidup norma baharu.

“Dalam Rancangan Malaysia Ke-12 lebih banyak peluang ekonomi disediakan kepada OKU melalui pelbagai platform termasuk ekonomi perkongsian dan ekonomi digital,” katanya.

Beliau berkata KPWKM serta agensi terlibat perlu memastikan setiap ringgit yang diperuntukkan dalam Bajet 2022 untuk keperluan OKU dibelanjakan dengan optimum. – Bernama

Dasar 1 peratus peluang kerja OKU jadi KPI semua kementerian


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


‘Mejar Shuhada’ perdaya mangsa, liwat mangsa lelaki

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker