Amaran dari Siti Nordiana

Amaran dari Siti Nordiana

Penyanyi, Siti Nordiana atau mesra disapa sebagai Nana menafikan bahawa lagu barunya yang berjudul Amaran menyindir mana-mana pihak.

Nana berkata, lagu yang turut menampilkan Bunga Isme itu dihasilkan sejak setahun lalu dan judulnya juga sudah ditetapkan lebih awal.

“Bagi saya, ia tak ada kena mengena dan tak ditujukan kepada mana-mana pihak. Lagi pula, tajuk lagu Amaran itu sudah ada sejak setahun lalu ketika lagu itu baru dihasilkan,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Nana, dia juga menerima pelbagai komen ketika pertama kali memuat naik promosi untuk lagu itu pada 16 November lalu.

“Pertama kali saya muat naik promosi untuk lagu ini di Instagram, ramai juga yang membuat spekulasi. Walhal, ia adalah sebahagian rangka promosi.

“Material yang saya muat naik ke Instagram itu juga adalah material yang dihantar oleh pihak Warner Music dan saya cuma jalankan tugas saya,” katanya.

Ditanya reaksi sekiranya ada pihak yang terasa dengan lagu itu, Nana tidak boleh menghalang persepsi orang lain.

“Itu saya tak boleh nak cakap sebab saya tak tahu apa persepsi orang. Bagi saya, memang tak ada kena mengena dan tajuknya dah tak boleh nak diubah. Ia hanyalah hiburan,” katanya.

Berkongsi mengenai kehidupannya selepas isu berkaitan kes mahkamah membabitkan lima individu lain menjadi tular, Nana memilih untuk memberi tumpuan kepada kerjaya seninya.

“Saya teruskan hidup saya macam biasa. Saya tak nak ambil tahu apa yang berlaku. Apa yang penting, saya nak fokus kepada karier.

“Semua proses mahkamah, saya ikut sahaja dan biar pihak mahkamah yang tentukan,” katanya.

Lagu Amaran ditulis oleh komposer, Mas Dewangga dan Firdaus Rahmat dan kedua-dua mereka turut terbabit sebagai penulis lirik bersama Bunga. HM

Amaran dari Siti Nordiana


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

‘Mejar Shuhada’ perdaya mangsa, liwat mangsa lelaki

Aksi Polis Serbu Geng Motosikal Di Stesen Minyak (video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker