Fizz Fairuz Dedah Terkena Gangguan Makhluk Halus

Fizz Fairuz Dedah Terkena Gangguan Makhluk Halus

Pelakon Datuk Fizz Fairuz memperjelaskan keadaan dirinya yang kurang sihat akibat ‘terbawa’ pulang sesuatu ketika menjalani penggambaran di Gopeng, Perak beberapa bulan lalu.

Menurut Fizz, perkara mistik tersebut bukan saja memberikan impak terhadap kesihatannya malah turut menjejaskan hubungan bersama isteri, Datin Almy Nadia dan anak-anaknya.

Saya menjalani penggambaran di Sahom, Gopeng yang terkenal sebagai ‘tempat’ keberadaan benda-benda halus.

Fizz memberitahu yang dia tiba di lokasi tersebut selepas Asar dan terus ke lokasi penggambaran yang berada di perkampungan Orang Asli.

Tambah Fizz, dia tiba di lokasi sekitar 5 hingga 10 minit saja tetapi sudah merasa seram sejuk dan dia bersama seorang ustaz ketika itu yang baru saja mengubatkan Nazim Othman.

Fizz terus pulang ke Kuala Lumpur selepas tiga hari penggambaran dan dia mula demam tidak kebah dan dada merasa seperti ditekan apabila dia tiba di rumah.

Ujar Fizz lagi, dia kemudiannya pergi menjalankan ujian saringan kesihatan Covid-19 dan bersyukur kerana keputusan adalah negatif, namun dia tidak boleh makan selama dua minggu kerana pasti muntah bila makan.

Bukan itu saja, Fizz turut memaklumkan yang dia juga mudah panas dengan isteri sendiri, tidak bermain dengan anak-anak dan banyak termenung ketika itu.

Selama dua minggu ‘benda’ itu menumpang dalam badan saya dan akhirnya saya menghubungi doktor meminta nasihat.
Fizz atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Zainal Abidin memberitahu yang dalam tempoh dua minggu tersebut, dua kali dia dimasukkan ke dalam wad dan membuatkan dia bertanya kepada seorang ustaz.

Menurut Ustaz tersebut, dia sepatutnya membersihkan diri terlebih dahulu sebelum pulang ke rumah kerana daripada tempat yang ‘keras’. Bn

Fizz Fairuz Dedah Terkena Gangguan Makhluk Halus


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Mental jangan koyak – TMJ (Video)

‘Siapa kecam aku, berdosa, berdosa’ – Lelaki tak jadi berbogel kerana JDT kalah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker