Suami gagal sambut isteri hingga tergolek (Video)

Suami gagal sambut isteri hingga tergolek (Video)

AKSI romantik seorang wanita berlari untuk disambut sang suami berakhir dengan kedua-duanya tergolek di tepi pantai selepas gagal menampung muatan berat badan si isteri.

Video dengan kapsyen “Bila bini terlebih muatan. Tak sangka akhirnya macam tu” telah meraih perhatian 2.2 juta warganet sejak ia dimuat naik dua hari lalu.

Menerusi video berdurasi 9 saat yang dikongsikan oleh @myrra_karim, aksi lucu wanita tersebut berlari ke arah suami yang berdiri di kawasan pantai telah mencuit perhatian netizen apabila pasangan tersebut terjatuh selepas melakukan cubaan melompat dan mengangkat.

Bercerita kepada UtusanTV, Nur Amira Abdul Karim atau mesra disapa sebagai Myrra berkongsi bahawa pada asalnya dia hanya mahu menunjukkan persalinan pakaian yang bakal dilancarkan.

“Sebenarnya nak tunjuk video baju yang saya pakai tu bakal dilancarkan tak lama lagi. Suami hanya sekadar nak peluk. Tapi suami juga buat percubaan untuk mengangkat saya, namun tidak berjaya.

“Percubaan pertama suami untuk mendukung pada awalnya berjaya, tetapi lupa nak rakam.

“Jadi nak ulang sekali lagi untuk rakam, itu yang tak jadi tu sampai gugur di tanah,” ujar ibu kepada dua cahaya mata ini.

Baca artikel berkaitan: Wah! banyaknya, hanya RM1 pemuda ini dapat beli aiskrim kon ‘setinggi’ gunung

Sementara itu suami Myrra, Mohd Azri Zainuddin mengatakan cubaan kedua gagal kerana dia belum bersedia ketika itu.

“Kaki saya tak goyang ketika itu, cuma muatan lebih hahaha. Mungkin saya tak bersedia untuk mengangkat ketika itu,” tawanya.

Ujar Mohd Azri, masa percubaan pertama isterinya hanya berlaari dalam 10 tapak sahaja.

“Kali kedua isteri lari dalam 30 tapak jauhnya, dah macam marathon waktu tu, itu yang sampai saya jatuh,” usik Azri yang merupakan anak kelahiran Tanah Merah, Kelantan.

Dalam pada itu Myrra berkata, kejadian lucu itu berlaku di Sudara Beach Resort, Pantai Bachok.

Menariknya, Myrra dan suami tercinta Mohd Azri, 32, mula bercinta seawal berusia 14 tahun dan selamat mendirikan rumah tangga tujuh tahun lalu.

“Saya dan suami dah bercinta dari tingkatan dua, zaman cinta monyet dulu. Tak sangka juga bila difikirkan akhirnya kami berkahwin juga,” kenangnya.

Ceritanya lagi, Myrra dan suami memulakan perniagaan ketika masih melanjutkan pelajaran di Universiti lagi dan sudah merasai susah senang kehidupan bersama.

Rata-rata warganet turut meninggalkan komen bahawa mereka turut terhibur akan aksi spontan pasangan itu ketika terjatuh.

“Siapa ulang tengok biar jatuh banyak kali. Sumpah lawak,” komen @puteriratu_

“Maaf sis. Tak boleh control gelak,” @syahiidasaamsuul

“Saja tengok banyak kali. Biar dia sakit hahahah. Salam kenal sis,” @ujar @zieraajak Utv

Suami gagal sambut isteri hingga tergolek (Video)


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Mental jangan koyak – TMJ (Video)

‘Siapa kecam aku, berdosa, berdosa’ – Lelaki tak jadi berbogel kerana JDT kalah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker