Intan Najuwa kini siswa undang-undang

Intan Najuwa kini siswa undang-undang

SEJAK akhir-akhir ini, kerap Mizz Lahar ternampak perkongsian InstaStory pelakon genit Intan Najuwa mengenai rutinnya sebagai seorang pelajar.

Pelik juga mengapa sebagai pelajar, rupa-rupanya pelakon drama Tuan Danial itu sedang sibuk menyambung pengajian peringkat asasi dalam jurusan undang-undang sebuah kolej di Singapura.

Persoalan ramai tersebut terungkai selepas Intan menjawab soalan daripada salah seorang pengikut Instagramnya baru-baru ini.

“Adakan awak sedang menyambung pengajian dalam bidang undang-undang?” soal seorang pengguna Instagram berkenaan.

Jawab Intan: “Ya, saya kini menyambung pengajian peringkat asasi dalam jurusan undang-undang di sebuah kolej BAC Singapura. Saya sudah separuh mati kerana bekerja dan belajar setiap hari.”

Mungkin Intan mengikuti kelasnya secara dalam talian. Bukan mudah ya menjadi pelajar dan pelakon dalam masa yang sama. Mizz Lahar tabiklah. K Online

Intan Najuwa kini siswa undang-undang


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Tanah di Putrajaya atok beli berapa harganya?

Ain, bapa disaman guru berhubung isu jenaka rogol

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker