Bapa Noryn Aziz meninggal dunia akibat kanser hati

PETALING JAYA – Setahun selepas kehilangan bapa mertua, penyanyi Noryn Aziz sekali lagi dilanda kesedihan apabila bapanya, Abd. Aziz Mohd. Dali pula menghembuskan nafas terakhir siang tadi.

Berita duka tersebut dikongsikan sendiri menerusi Instagram penyanyi lagu Fantasi O Realiti itu sebentar tadi.

Menurut Noryn, bapanya meninggal dunia pada pukul 2.30 petang di kediamannya di Shah Alam, Selangor akibat kanser hati tahap empat.

“Dengan dukacitanya dimaklumkan ayah kesayangan saya, Abd. Aziz Mohd. Dali telah kembali ke rahmatullah petang ini di rumah keluarga kami.

“Terima kasih. Al-fatihah buat ayah tersayang,” tulisnya ringkas.

Solat jenazah bapa Noryn akan dilakukan pada malam ini selepas solat Isyak di Surau Rahaiyatul Firdaus, Alam Budiman U10, Shah Alam.

Sementara upacara pengebumian pula akan dilaksanakan selepas itu sekitar pukul 9 malam ini di Tanah Perkuburan Islam Kg. Budiman.

Terdahulu, penyanyi berusia 45 tahun itu kehilangan bapa mertuanya, Datuk Shaik Sulaiman Ismail selepas tiga hari berkahwin dengan suami, Shaik Rizal Shaik Sulaiman pada 13 Oktober tahun lalu. – K! ONLINE


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mental jangan koyak – TMJ (Video)

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker