Alicia lakonkan aksi panas jika boleh lariskan naskah

Alicia lakonkan aksi panas jika boleh lariskan naskah

Sekiranya bersesuaian, pelakon dan model sensasi, Alicia Amin, mengakui dia tidak kisah menerima tawaran menjayakan naskhah yang memerlukannya untuk tampil dengan imej seksi atau beraksi dalam babak ‘panas’.

Dia yang terkenal dengan isu kontroversi kerana bergambar separuh bogel sebelum ini berkata, dia menyedari untuk menjayakan jalan sesebuah penceritaan, perlu ada pihak yang bersedia keluar dari kepompong lazim.

“Bagi saya, jika imej atau beraksi seksi boleh membantu menyampaikan sesuatu mesej dalam kisah tu, apa salahnya? Saya terbuka untuk melakukan babak yang diminta.

“Apabila bercakap soal karakter, saya tak boleh fikir pasal diri sendiri lagi. Semuanya mengenai bagaimana untuk menghidupkan watak yang digalas,” katanya.

Pemilik nama penuh Raja Alicia Raja Amin itu berkata, dia memandang tinggi seseorang pemberani yang mahu tampil dengan kelainan dalam sesebuah naskhah seni.

Pada masa sama dia juga mengakui dalam keadaan tertentu penampilannya adalah lebih ‘berani’ semasa berada di luar bersama suaminya berbanding perancangan yang dibuat semasa mahu melakukan sesuatu penggambaran di depan lensa kamera.

“Anda sendiri tahu, LPF (Lembaga Penapisan Filem) akan pantau sesebuah filem atau drama sebelum ia dibenarkan ditayang kepada penonton. Justeru nanti (ada isu) baju ni pendek sangat, bahagian (badan) ni tak boleh nampak…

“Saya tak bimbang sangat kerana sama ada kita boleh atau tak boleh (beraksi mengghairahkan) apabila membina kerjaya di Malaysia.

“Kadang-kadang, orang kita pasang impian tinggi, cuma mereka tak dapat laksanakan. Tapi saya sukakannya,” tambah pelakon itu lagi.

Alicia, 26, berkata demikian ketika ditemui media pada sesi fotografi sempena sidang media Festival Filem Malaysia ke-31 (FFM31) yang dijadual berlangsung 10 Dis ini.

Mengambil contoh drama bersiri Euphoria yang dijayakan pelakon antarabangsa, Zendaya, Alicia menjelaskan apa yang ditonjolkan pelakon itu dibuat atas nama seni.

Malah kata pelakon filem Salina itu, ia satu budaya kerja yang barangkali boleh dipraktikkan di negara ini.

“Lakonan dia mungkin mengganggu (dari segi aksi sensual dan sebagainya) tapi barangkali itulah kunci jalan cerita yang dapat membuai jiwa penonton.

“Kalau orang fikir soft porn disebabkan apa yang kita bawa dalam projek lakonan, anda sendiri boleh fikir selebihnya.

“Projek drama yang divisualkan dengan indah, ada babak seks tapi bila fikir balik, jika tiada semua itu (babak berani dan seksi), mesej ingin diberikan kepada penonton mungkin tak sampai,” katanya. Mk

Alicia lakonkan aksi panas jika boleh lariskan naskah


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Mental jangan koyak – TMJ (Video)

‘Siapa kecam aku, berdosa, berdosa’ – Lelaki tak jadi berbogel kerana JDT kalah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker