BLACKPINK pecah rekod lebih 70 juta langganan Youtube

BLACKPINK pecah rekod lebih 70 juta langganan Youtube

Seoul: BLACKPINK mencipta sejarah apabila menjadi artis pertama meraih jumlah langganan atau ‘subscriber’ lebih 70 juta di platform YouTube.

Berita gembira itu dikongsi agensinya YG Entertainment semalam yang menyifatkan pencapaian itu sangat membanggakan buat kumpulan dianggotai Jisoo, Jennie, Rosé, dan Lisa itu.

Ini kerana, saluran YouTube rasmi mereka itu baharu dibuka pada Jun 2016. Mereka berjaya mencapai angka terbabit dalam tempoh lima tahun lima bulan.

Sekaligus, kini BLACKPINK berada di kedudukan pertama paling ramai pelanggan di platform terbabit. Mereka turut mengatasi rekod bintang ternama dunia lain termasuk Justin Bieber.

Bieber setakat ini memiliki langganan lebih 66.4 juta. Salurannya itu dibuka sejak 2007 lalu. HM

BLACKPINK pecah rekod lebih 70 juta langganan Youtube


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Buli jalan raya rampas beg tangan (Video)

Satu Malaysia kena ‘game’ dengan Tauke

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker