Mamat Exists patuh jalani pemulihan bersama AADK

Mamat Exists patuh jalani pemulihan bersama AADK

Penyanyi Exists, Mamat, 43, masih perlu melaporkan diri ke pusat Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Johor Bahru susulan dirinya pernah berdepan masalah penyalahgunaan dadah pada September 2019.

Mamat berkata, sejak awal tahun ini dia perlu melaporkan diri dengan AADK Johor Bahru jika mahu keluar kawasan untuk urusan kerja dan lain-lain selama dua tahun.

“Selain itu, pada setiap bulan saya perlu mengikuti program kemasyarakatan yang dianjurkan agensi sebagai syarat yang ditetapkan dalam tempoh pemulihan ini.

“Kadang-kadang sekali dan ada juga lebih dari itu. Bagi saya ia bukanlah masalah besar. Saya tidak kisah mengikuti peraturan yang ditetapkan. Ia untuk kebaikan saya juga dan saya juga tidak terasa terbeban dengan syarat ini,” katanya yang ditemui semasa pelancaran CD Konsert Exists Reunion di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Dia juga bersyukur kerana Ketua Pegawai Eksekutif Shiraz Projects, Shirazdeen Karim sering mengambil berat perkembangan dirinya.

Terbaharu, dia juga bakal terbabit dengan siri Konsert Jelajah Exists yang dirancang kelak yang bakal berakhir di Istana Budaya.

“Saya tiada masalah untuk memenuhi jadual yang ditetapkan kerana boleh mendapatkan kelulusan daripada AADK,” katanya.

Mamat atau nama sebenarnya Mohd Ali Kamarudin ditahan polis pada 8 September 2019 ketika menunggang motosikal di Taman Perling, Johor Bahru bersama seorang rakannya pada jam 11.30 malam kerana memiliki sejumlah dadah jenis syabu.

Insiden itu berlaku sebelum Mamat terbabit menjayakan Konsert Exists Reunion di Stadium Malawati, Shah Alam pada 28 September 2019.

Selain Shah Alam, konsert terbabit turut diadakan di Singapura pada 5 Oktober 2019.

Susulan kejadian itu, Mamat menjalani rawatan di Persatuan Pengasih Malaysia.

Sementara itu, ditanya berkenaan pasangan hidup, Mamat yang sudah 13 tahun menduda enggan mengulas dan hanya menjawab insya-Allah. HM

Mamat Exists patuh jalani pemulihan bersama AADK


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Sebaik-baik perjanjian adalah pembentukan Muafakat Nasional – Nik Abduh

Sotong kayangan nasi kandaq, 2 ekor RM100

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker