Tiara Jacquelina tolak tawaran filem Hollywood

Sebaran :

Tiara Jacquelina tolak tawaran filem Hollywood

Atas faktor perbezaan budaya dan agama, pelakon serta penerbit Puan Sri Tiara Jacquelina mendedahkan pernah menolak tawaran berlakon dalam beberapa filem Hollywood sebelum ini.

Perkara berkenaan didedahkannya ketika sesi siaran langsung dalam Instagram bersama Persatuan Wartawan Hiburan Malaysia (WHAM) malam tadi.

Kata aktres berusia 54 tahun itu, dia kekal dengan pendirian menolak tawaran tersebut meskipun peluang yang datang menjadi impian dan buruan setiap anak seni untuk melebarkan sayap karier di peringkat global.



“Jika 10 atau 20 tahun lalu mungkin saya dah merasa berlakon filem Hollywood. Tapi sebenarnya tak semudah yang dibayangkan (nak pergi ke sana) sebab budaya Asia kita. Saya ‘old fashion’ sikit orangnya kadang-kadang.

“Lagipun tak semua yang berjaya ke sana, sebab ada benda yang sanggupkah kita buat kalau berlakon di Hollywood? Banyak halangan, contohnya kalau babak bercium, takkan saya nak tolak dan jawab ‘I don’t do kissing’,” katanya.

Tambah penerbit filem Puteri Gunung Ledang (PGL) itu lagi, dia pernah ditawarkan berlakon dalam dua buah filem Hollywood namun terpaksa menolaknya demi pendirian teguh terhadap pegangan budaya orang Asia.

“Sampai sekarang ada orang tanya, bila saya boleh ke sana. Sejujurnya ada ejen panggil saya sertai uji bakat untuk watak orang Asia yang kita sedang tengok sekarang.



“Tahun ini ada, tahun lepas punya pun ada. Tapi saya tak nak beritahu tajuk. Cuma apabila tonton filem itu, saya kata dalam hati, kalau saya pergi uji bakat, mungkin yang bawakan watak itu adalah saya,” ujarnya.

Pada sesi yang dikendalikan oleh editor hiburan berpengalaman yang bertindak selaku moderator iaitu Dean Musthafa dan Roslen Fadzil, Tiara turut berkongsi tentang pengalamannya membawa filem PGL untuk dicalonkan ke Academy Awards pada 2004.

Kongsi Tiara, dia berdepan pengalaman yang sangat sukar kerana Malaysia tidak mempunyai rekod filem-filem berkualiti, berbeza dengan negara jiran lain seperti Indonesia, Vietnam, Thailand dan Singapura.

“Waktu itu saya dan pengarah, Teong Hin Saw pergi ke Los Angeles, dengan rendah diri menjelaskan bahawa kami ada buat filem. Ini merupakan filem pertama Malaysia yang gunakan bajet besar.



“Kami datang dengan tidak kenal sesiapa. Sewaktu nak hantar permohonan ke Academy Awards, kami lalui bermacam-macam prosedur. Lalui ejen, pegawai perhubungan awam dan lain-laian, barulah filem PGL disenaraikan.

“Pengalaman lalu sangat mengecewakan dan pelik. Selepas itu, saya sangat berharap filem Malaysia mudah dibawa ke sana,” kongsinya.

Sekadar info, PGL yang dibintangi Tiara, Datuk M. Nasir, Adlin Aman Ramlie, Khir Rahman dan Sofia Jane merupakan filem lokal pertama yang menggunakan bajet besar dan ditayangkan pada 31 Ogos 2004. K Online

Tiara Jacquelina tolak tawaran filem Hollywood


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Sebaik-baik perjanjian adalah pembentukan Muafakat Nasional – Nik Abduh

Sotong kayangan nasi kandaq, 2 ekor RM100


Sebaran :

Leave a Reply