Sajat bakal muncul dalam The Ellen Show di Amerika

Sajat bakal muncul dalam The Ellen Show di Amerika

Usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat, memaklumkan dia bakal muncul dalam program bual bicara popular terbitan Hollywood, The Ellen Show, tahun depan.

Ahli perniagaan kontroversi berusia 36 tahun yang kini menetap di Australia, mendedahkan perkara itu secara langsung di TikTok.

“Pada bulan Januari, saya akan ke Amerika Syarikat untuk (program) The Ellen Show,” katanya.

Bagaimanapun, pengesahan mengenai kemunculan Nur Sajat dalam program berkenaan tidak dapat dipastikan.
Nur Sajat turut memaklumkan, dia tidak bercadang untuk kembali ke Malaysia kerana pada masa ini dia berasa “selamat, gembira dan bebas” di Australia.
Sebelum berhijrah ke Australia Oktober lalu, Nur Sajat ditahan di sebuah kondominium di Thailand oleh pihak imigresen negara itu selepas Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan maklumat mengenai keberadaan usahawan dalam buruan berkenaan yang lolos melalui laluan kereta api di Padang Besar, Perlis.

Ketika ditahan, Nur Sajat telah mengemukakan kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) yang dikeluarkan ibu pejabat suruhanjaya itu di Bangkok.

Sajat bakal muncul dalam The Ellen Show di Amerika


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Sebaik-baik perjanjian adalah pembentukan Muafakat Nasional – Nik Abduh

Sotong kayangan nasi kandaq, 2 ekor RM100

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker