Sah, Tauke Jambu kahwin lain

Sah, Tauke Jambu kahwin lain

SEMALAM industri hiburan sedikit kecoh apabila tular sebuah video di TikTok yang memaparkan pelawak popular, Tauke Jambu memakai baju Melayu putih dipercayai sudah bernikah dengan seorang wanita dikenali sebagai Shuhada.

Tauke atau nama sebenarnya Zamratul Amri Zakaria sebelum ini sudah mempunyai isteri bernama Nadia Mohd. Affendi.

Usaha pihak media untuk menghubungi Tauke bagi mendapatkan pengesahan menemui jalan buntu kerana pelawak itu tidak menjawab sebarang panggilan mahupun pesanan mesej WhatsApp.

Malah, sejak video terbabit tular, ada yang berpendapat ia sekadar babak dalam lakonan Malah tidak kurang juga yang menganggap tidak mustahil jika pelawak yang juga pelakon itu berkahwin lagi.

Walau bagaimanapun, seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai Piddyys mengesahkan lelaki yang berada dalam video berdurasi kurang satu minit itu adalah Tauke.

“Yang tanya Tauke Jambu ke, yup memang Tauke Jambu kita…doa baik-baik saja,” tulisnya di ruangan komen.

Difahamkan sebelum ini Shuhada pernah ‘kantoi’ selepas berlaku curang dengan lelaki lain dan video terbabit turut tular di Internet sekitar bulan lalu. Utv

Sah, Tauke Jambu kahwin lain


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Gelagat Mak Nubhan Masuk Butik Mewah Buat Ramai Terhibur (Video)

Pas nak lawan UMNO atau PH, tanya Asyraf

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker