Jasmin Hamid nikahi pengurus

Jasmin Hamid nikahi pengurus

Selepas 10 tahun bergelar ibu tunggal, pelakon versatil, Jasmin Hamid, 47, bernikah dengan pengurusnya, Nazmir Abd Rahim, 35, dalam majlis patuh prosedur operasi standard (SOP) di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sini, petang tadi.

Nazmir dan Jasmin sah bergelar suami isteri pada jam 3.30 petang disaksikan 10 individu termasuk ibu bapa dan adik-beradik Nazmir serta anak Jasmin.

Jasmin meminta sepersalinan kelengkapan ibadat, mas kahwin RM80 dan sejumlah wang hantaran yang dirahsiakan.

Mengulas mengenai pernikahannya, Jasmin berkata, hubungan dengan Nazmir selama ini sangat profesional.

“Dia menguruskan kerjaya saya sejak lapan tahun lalu. Keputusan berkahwin ini dibuat sebulan lalu. Jodoh kuasa Tuhan dan pandemik COVID-19 menjadi penyebab semua ini.

“Jika diikutkan, saya bercinta dengan orang lain, tetapi jodoh dengan dia,” katanya ketika dihubungi BH Online.

Pelakon drama Cukup Derita Itu yang terkenal dengan watak Mak Ngah Gayah berkata, ketika bergelut dengan pelbagai perkara termasuk impak penularan pandemik COVID-19, Nazmir setia berada di sisi.

“Dia banyak jaga dan ambil berat mengenai saya termasuk ketika saya banyak mengingati soal mati serta fikir itu dan ini.

“Saya anggap semua ini suratan yang membuka banyak hikmah tersendiri,” katanya.

Pelakon filem Boss dan Kanta Serigala itu berkata, selama ini, dia dan suami membahasakan diri dengan panggilan ‘adik’ dan ‘kakak’.

“Kami juga bahasakan diri ‘engkau’ dan ‘aku’. Janggal pula rasanya sekarang. Selepas ini kena panggil dia ‘baby’ mungkin,” seloroh Jasmin.

Selesai majlis nikah, pasangan mempelai diraikan secara sederhana di kediaman keluarga suami di Kampung Baru, di sini.

Melalui perkahwinan terdahulu, Jasmin dikurniakan tiga cahaya mata. BH

Jasmin Hamid nikahi pengurus


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Myvi baharu mula dijual, harga bermula RM45,700

Fitnah terbaru RM100j, Najib sekolahkan balik Mahathir

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker