Mungkin saya sudah tidak lagi sesuai duduk di Malaysia – Iqbal

Mungkin saya sudah tidak lagi sesuai duduk di Malaysia – Iqbal

Usahawan yang kini penyanyi, Ahmad Iqbal Zulkefli, tidak menolak mungkin akan mempertimbangkan untuk menetap di luar negara kerana tidak tahan dengan bermacam-macam tohmahan kononnya daripada masyarakat dan warganet di sini.

Hal itu diluahkan oleh Iqbal setelah dia dihimpit pula dengan isu terbaru apabila wujud pihak tidak bertanggungjawab mengunapakai fotonya untuk diletakkan di sebuah akaun palsu.

Menerusi foto tersebut, wajah Iqbal didapati telah disunting pada tubuh lelaki lain yang hanya berseluar dalam.

“Itu bukan tubuh saya. Menggeletar tangan untuk saya muat naik gambar ini namun oleh kerana sudah mula tersebar, saya perlu tegaskan hal yang tak benar.

“Jelas sekali tubuh badan saya tidak begini. Namun ada yang percaya. Bertubi-tubi saya terima mesej pagi ini, ramai bertanyakan adakah saya ada akaun Facebook baru?Tidak! Facebook saya satu-satunya adalah Ahmad Iqbal Zulkefli.

“Saya lihat ada satu lagi ruangan palsu yang bernama ‘IQbal Zulkefli’ mendapat komen beratus orang setiap kandungannya. Sebelum ini ada yang jadikan wajah saya seperti haiwan, namun kali ini rasanya gurauan ini tidak sesuai,” katanya. Utusan

Mungkin saya sudah tidak lagi sesuai duduk di Malaysia – Iqbal


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Myvi Facelift 2022 mula masuk showroom?

Langgar SOP: “YB Pekan Sentiasa Dalam Perhatian Saya” – Khairy Jamaluddin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker