Baby Shima kesal ramai membencinya

Baby Shima kesal ramai membencinya

PENYANYI Baby Shima meluahkan rasa kesal apabila dirinya sering dijadikan sasaran dan bahan kecaman netizen yang seolah-olah cuba menyebarkan kebencian terhadap dirinya.

Menerusi satu perkongsian yang dilakukan di laman Instagram miliknya, Baby Shima, 29, yang turut mencipta nama di Indonesia berkata, dia tidak pasta apakah kesalahan yang dilakukan sehingga diperlakukan sedemikian.

“Kadang-kadang terfikir juga kenapa ramai benci saya sedangkan saya tak pernah kacau orang lain, rumah tangga orang, keluarga orang, minta duit mak ayah anda semua. Tak pernah,” ujarnya.

Mengakui sudah tidak kuat untuk berdepan situasi itu, penyanyi yang popular dengan lagu Pura Pura Bujang itu meminta netizen memahami situasinya.

“Terus terang saya cakap sudah tak kuat dengan apa yang saya dah lalui sekarang. Boleh tak anda semua rasakan apa yang saya rasa,” soalnya.

Menijau ruangan komen, ternyata perkongsian Baby Shima itu telah menarik perhatian para pengikut dan rakan-rakan selebritinya.

Masing-masing cuba memberikan kata-kata semangat buat Baby Shima dan meminta agar penyanyi itu tidak terlalu mengambil peduli apa yang diperkatakan netizen. Sinarplus

Baby Shima kesal ramai membencinya


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Myvi 2022, ini 9 ciri menarik pada model kali ini

Lawak ‘Terlampau’ – Puteh mohon maaf kepada Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker