Selepas 32 tahun, Rosyam Nor dapat geng

Selepas 32 tahun, Rosyam Nor dapat geng

Selepas 32 tahun menanti, akhirnya pelakon popular Datuk Rosyam Nor memiliki ‘geng’ apabila anak keduanya, Nur Anis melahirkan cucu lelaki pertama dalam keluarganya.

Rosyam atau nama lengkapnya Mohamed Noor Shamsuddin, 54, meluahkan kegembiraannya itu menerusi satu hantaran di Instagramnya sebentar tadi.

“32 tahun! Alhamdulillah, lama sangat tunggu. Terima kasih Allah kerana kurniaan-Mu.

“Hasil perkahwinan aku, dikurniakan lima anak perempuan. Hasil perkahwinan anak sulung, Arniesha Azureen, dikurniakan tiga cucu perempuan,” tulisnya.

Menurut aktor yang juga seorang usahawan itu, sejak mendirikan rumah tangga bersama Runika Mohd. Yusoff 32 tahun lalu, beliau sudah lama menginginkan ‘hero’ dalam keluarganya.

Namun, impiannya hanya termakbul apabila dikurniakan cucu lelaki pertama semalam.

“Proses yang panjang selama 32 tahun, tunggu sang hero. Alhamdulillah, semalam anak, Nur Anis selamat melahirkan.

“Cucu lelaki!!! Apa nama nak letak?,” soal Rosyam gembira.

Difahamkan, anak kedua Rosyam, Nur Anis, 28, yang juga seorang selebriti media sosial (Instafamous) mendirikan rumah tangga pada 2019 telah melahirkan anak lelaki di sebuah hospital swasta di Selangor, semalam.

Sepanjang 32 tahun perkahwinan, bintang filem KL Gangster 2 itu dikurniakan lima orang anak perempuan, Arniesha Azureen, Nur Anis, Nurlisa, Syadira dan Zarith Maryam. K Online

Selepas 32 tahun, Rosyam Nor dapat geng


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Gangguan seksual berleluasa dalam industri hiburan

Mawar Rashid dilabel materialistik

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker