Kemenangan Dolla tepati ramalan

Sebaran :

Kemenangan Dolla tepati ramalan

Acara berprestij Anugerah Bintang Popular Berita Harian 34 (ABPBH34) yang dinanti-nantikan setiap tahun ini menyaksikan beberapa pemenang baharu dan lama sekaligus membuktikan populariti memang milik mereka.

Menepati ramalan ramai pihak, ‘band girl’ Dolla yang dianggotai Syasya, Sabronzo, Angel dan Tabby unggul menerusi kategori Artis Baharu Wanita Popular.

Biarpun Dolla muncul ketika negara bergelut dengan pandemik Covid-19 serta pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), itu tidak menghalang DOLLA mengumpul peminat tersendiri.



Malah, Dolla yang hadir dengan pakej lengkap bukan saja dari segi penampilan, tapi bakat nyanyian yang tidak perlu dipertikaikan lagi. Buktinya, kesemua single yang dilancarkan sepanjang tempoh dua tahun ini mendapat maklum balas positif.

Dolla yang mula dikenali menerusi lagu Dolla Make You Wanna menyifatkan kejayaan sulung pada pentas ABPBH 34 adalah pembakar semangat mereka untuk terus memberikan yang terbaik pada industri dan peminat muzik tanah air.

“Dolla sangat bebesar hati sebab dapat peluang untuk menang kategori Artis Baharu Wanita Popular. Kami berasakan semua calon lain dalam kategori ini hebat dan layak untuk menang.

“Tapi, apabila kami diumumkan pemenang, rasa sangat bersyukur kepada peminat iaitu iDollas yang sudah mengundi setiap hari sehingga kami berjaya sampai ke tahap ini,” kata mereka.



Dolla berharap peminat akan terus memberikan sokongan pada setiap projek yang bakal dilancarkan.

“Dolla akan terus berusaha untuk buat yang terbaik untuk iDollas dan harap itu boleh menjadi cara untuk ‘give back’ kepada mereka atas usaha dan kerja keras mereka mengundi.

Harap semua orang boleh menantikan projek baru kami yang akan datang tidak lama lagi,” katanya. Wy

Kemenangan Dolla tepati ramalan




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

‘Jika Tak Suka Sangat Pun Berilah Satu ‘HA’ Tanda Hargai Usaha’-Shahrol Shiro

Muhyiddin lebih gemar serang BN daripada kempen untuk PN


Sebaran :

Leave a Reply