Beberapa kali nama saya tak lepas – Fiza Thomas

Beberapa kali nama saya tak lepas – Fiza Thomas

IBARAT pelangi selepas hujan, itulah gambaran perjalanan buat pelakon Fiza Thomas yang sudah bertapak lebih tujuh tahun dalam arena seni hiburan tempatan.

Dia akhirnya berjaya menonjolkan diri dan membuktikan betapa berharganya bakat yang dimiliki.



Fiza atau nama penuhnya Nur Hafizah Longkip @ Thomas, 28, kian menyerlah selepas kemunculannya menerusi iklan Petronas, Rendang SoRaya sempena Aidilfitri 2019.

Sejak itu, kanvas seninya semakin cantik apabila dia mula mendapat kepercayaan daripada penerbit drama dan stesen TV.

“Setakat hari ini Alhamdulillah, penerimaan peminat makin baik. Ikutkan masa selepas habis Akademi Fantasia (AF) 2016 dulu ada peminat juga.

“Tapi kini peminat-peminat baharu yang meminati saya bukan kerana AF semata, namun hasil produksi yang saya lakonkan,” ujarnya.



Sebelum pelakon kelahiran Sabah ini mula menawan hati penonton menerusi rantaian drama, dia sebenarnya aktif dalam pementasan teater terutama bersama produksi Enfiniti (M) Sdn Bhd untuk beberapa projek.

Antara drama yang dibintanginya seperti Skuad JPJ, Rindu Awak Separuh Nyawa dan Lelaki Pendosa.

Mengulas hal yang dirisaukan apabila bergelar artis, Fiza enggan terpalit dengan isu-isu yang boleh menjatuhkan reputasi dan nama baiknya.

“Saya sentiasa menjaga nama baik supaya tidak terpalit dengan isu-isu gossip dan kontroversi.



“Paling cepat sekali sekarang jika ada isu-isu tular tentang diri sendiri. Sukar juga nak menjawab kepada keluarga mahu pun pengurusan sendiri. Sebaik-baiknya saya cuba elakkan,” katanya.

Berkongsi mengenai pengalaman bergelar pelakon dan penyanyi, Fiza tidak menafikan isu jumlah pengikut di media sosial antara perkara paling menyedihkan.

“Saya tidak menafikan isu jumlah pengikut di media sosial dan bukan kegemaran stesen membuatkan saya sering kali hampa. Teringin juga memegang watak-watak berat, watak antagonis yang saya idamkan.

“Tapi beberapa kali juga nama tidak lepas di stesen. Saya tetap tidak putus asa dan sentiasa cuba memberikan yang terbaik pada setiap hasil kerja sehinggalah orang akan nampak bakat saya.



“Saya tidak mudah mengalah dan akan tetap terus berjuang sebab ini bidang yang saya suka,” luahnya.

Skrin, Teater

Mengenai perkembangan terkini, Fiza berkata dia sedang menjalani penggambaran drama 13 episod Hari Mencari Cinta untuk siaran Lestary TV3 bergandingan dengan Aiman Hakim Ridza dan Hannah Delisha.

“Saya juga sedang menjalani penggambaran drama bersiri Ampas bersama produksi Kus Semangat Actor.



“Projek ini antara yang saya teruja sebab melakonkan watak tahun 50an, iaitu latar zaman filem Melayu Jalan Ampas,” katanya.

Ditanya adakah setakat hari ini Fiza sudah boleh menolak tawaran watak yang berulang, dia tetap pertimbangkan untuk menerima demi mengasah bakat agar tidak tumpul.

“Pada awal-awal kemunculan dulu mungkin ada, namun sekarang ini tidak lagi sebab karakter yang saya dapat lain-lain. Kalau ada watak berulang pun saya bebas untuk tolak dan pengurusan saya pun tidak memaksa.

“Cuma sudah memang darah senikan, kalau tiada penggambaran itu rasa tidak senang hati duduk di rumah. Hendak juga rasa suasana di set penggambaran,” katanya sambil tertawa kecil.



Mengulas pembabitan dalam dunia teater, Fiza masih aktif.

“Saya tidak pernah melupakan teater. Cuma ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini ada operasi prosedur standard (SOP).

“Ada beberapa projek teater juga yang sudah dirancang dan hanya menunggu lampu hijau untuk kembali ke pentas teater,” akhirinya. Utusan

Beberapa kali nama saya tak lepas – Fiza Thomas


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

‘Jika Tak Suka Sangat Pun Berilah Satu ‘HA’ Tanda Hargai Usaha’-Shahrol Shiro

Muhyiddin lebih gemar serang BN daripada kempen untuk PN

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker