Bakal isteri Haqiem Rusli?

Bakal isteri Haqiem Rusli?

Sejak mendedahkan tarikh perkahwinan dan ‘bayangan’ bakal isteri yang akan dinikahi pada 19 November nanti, sehingga kini penyanyi Haqiem Rusli masih enggan mendedahkan wajah dan gerangan gadis yang berjaya menawan hatinya.

Bagaimanapun sejak semalam, tular dalam media sosial foto dan identiti gadis yang dikatakan bakal menjadi isteri penyanyi itu.

Dikenali sebagai Anis Sofea, gadis berusia 19 tahun itu dikatakan pengasas dan juga rakan kongsi perniagaan restoran makan Santhai Village bersama Haqiem.

Difahamkan juga, pasangan itu telah berkenalan sejak dua tahun lalu. Malah sebelum ini pernah timbul gosip dalam kalangan netizen apabila mengaitkan mereka sedang bercinta.

Menjengah dalam Instagram milik Anis, sehingga kini dia telah mengumpul sehingga 51,000 pengikut. Namun Instagram miliknya itu hanya mempunyai dua keping foto yang dimuat naik pada minggu lalu.

Anis dikatakan baru sahaja mengenakan hijab dan telah memadam foto serta video lama dalam Instagramnya.

Melihat komen yang ditinggalkan pengikutnya, rata-rata mengucapkan tahniah dan mendoakan kebaikan jika benar Anis adalah gadis yang dikatakan bakal menjadi isteri Haqiem.

“Semoga berjalan lancar dan dipermudahkan urusan. Amin,” kata seorang pengikutnya.

“Masya-Allah cantiknya. Berseri-seri bak mutiara,” komen seorang lagi pengikutnya.

Terdahulu, Haqiem membuat pengumuman mengejut apabila memberitahu bahawa dia bakal bernikah pada 19 November ini ketika memberikan ucapan selepas memenangi anugerah bagi kategori Penyanyi Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular ke-34 (ABP34) pada Sabtu lalu. K Online

Bakal isteri Haqiem Rusli?


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Gangguan seksual berleluasa dalam industri hiburan

Mawar Rashid dilabel materialistik

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker