Namewee dan Kimberly pertahan lagu satira mengenai China

Namewee dan Kimberly pertahan lagu satira mengenai China

Pencipta lagu pop Mandarin yang tular dengan lebih 30 juta tontonan YouTube tidak kesal disenaraihitamkan Beijing susulan lagunya yang menyindir nasionalis China.

Lagu berjudul ‘Fragile’ yang mula dimuat naik bulan lalu oleh Namewee dari Malaysia menampilkan penyanyi Australia, Kimberley Chen, menjadi sensasi dan tular di seluruh Asia meskipun lagu itu disekat di tanah besar China.

Anak kelahiran Malaysia, Namwee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee, 37 dan Chen, 27, yang dibesarkan di Australia tetapi berpindah ke Taiwan pada 2009, kini berpangkalan di Taiwan.

Lagu yang ditampilkan sebagai lagu cinta itu bagaimanapun dipenuhi dengan banyak kiasan seperti ‘si kecil merah jambu’ iaitu istilah untuk tentera siber, pengulas nasionalis dalam talian China serta kerajaan Beijing.

Namewee memberitahu wartawan di Taipei bahawa beliau dan Chen gembira meraikan pencapaian 30 juta kali tontonan lagu mereka di YouTube.

“Bagi saya, ciptaan yang baik harus terbit dari hati, harus ikhlas,” katanya.

Penyanyi, bintang filem dan selebriti berbahasa Mandarin jarang menimbulkan kontroversi terutama membabitkan China susulan ketegasan Beijing bertindak menyenaraihitamkan sebarang bentuk kritikan.

Sejak empat minggu lalu, ‘Fragile’ muncul video YouTube paling popular di Taiwan, Hong Kong, Singapura dan Malaysia serta menggerakkan gelombang kecil dalam kalangan peminat diaspora China di negara seperti Australia, Kanada dan Amerika Syarikat (AS).

Dalam masa beberapa hari selepas lagu itu disiarkan, akaun media sosial China Namewee dan Chen dikeluarkan dan muzik mereka disekat, sementara media kerajaan menuduh pasangan itu menghina negara itu.

China kerap menyekat lagu yang dianggap ‘tidak betul’ dari segi politik daripada perkhidmatan penstriman muzik domestik.

Pada Ogos lalu, Kementerian Kebudayaan China dilaporkan berkata, negaranya akan mewujudkan senarai hitam lagu yang dilarang dengan ‘kandungan haram’ yang mengancam keselamatan negara. BH

Namewee dan Kimberly pertahan lagu satira mengenai China


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

‘Jika Tak Suka Sangat Pun Berilah Satu ‘HA’ Tanda Hargai Usaha’-Shahrol Shiro

Muhyiddin lebih gemar serang BN daripada kempen untuk PN

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker